28 December 2012

The Muslimah.

Assalamualaikum.

Entry kali ni bertajuk The Muslimah. The last entry for splendid 2012.

"Wanita itu perhiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah".

Sebenarnya, diri ini sangat jahil. Jahil sejahiljahilnya. Hendak dibandingkan dengan wanitawanita solehah di luar sana, diri ini memang tak seberapa langsung. Susah nak tinggalkan jahiliyyah moden yang semakin berkarat di jiwa ini.

Kenapa susah sangat ni? Kenapakenapakenapa? (T_T)

"Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang dibenci manusia, manakala neraka itu dikelilingi oleh perkara yang sangat dicintai manusia"

Got it ?

So Nurulsufi, nak dapat rahmat Allah sbg tiket ke syurga, sila korbankan jahiliyyah yang membawa ke neraka.

bye 2012.

10 December 2012

Muslimin itu...

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Hehe. Actually, entry kali ni copy paste je. Tapi menusuk tertusuk jugak hati ni bila baca benda ni. Khas buat kaum Muslimin yeah.


 Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah.
Tokoh ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga,melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri sering bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~

(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

Amacam? Ada rasa tak kecut jantungparuparu baca puisi ni? Hehe. Harap-harap kami (para Muslimat) dapat mendongak dengan megahnya apabila disebut lelaki Muslimin, kerana ketaqwaan dan kegagahan mereka menegakkan agama Allah! 

Sungguh kami rindukan lelaki dulu ! Acuan madrasah Rasulullah s.a.w.!

Heharap sesiapa yang baca ni dapat manfaat. Ameen Ya Rabbal Alamin! (^_^) 




08 December 2012

priceless !

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya mula menulis entry ini dengan mata berkaca.

*tears falling down my cheeks while putting these thoughts and experience into words*

The last 3 days, I actually went to a talaqqi or in BM we called it as "daurah ilmiah".

What is "daurah ilmiah"?

"Daurah" or "dauroh" means meetings and we stay at a place for few days. okay ?

"Ilmiah" means "ilmu" or knowledge. but the focus was of course religious knowledge. *grin*

* Definisi dari google *

Jadi, apa yang priceless nya di sini? Banyak sangat!

Semoga ukhwah yang terbina selama 4 hari ini membawa kita ke Jannatul Firdaus, syurga tertinggi, di mana kita berkumpul semuanya dan juga tempat di mana Baginda nabi besar kita, Saidina Muhammad s.a.w akan tinggal nanti. Hum. Mahu nggak ? Siapa yang tak mahu, inshaAllah biiznillah !

Lemme tell you something priceless. 

Hendak dijadikan cerita, one night, a sohabat BBM-ed me.

"Hey jom join talaqqi!"

And i was like, what is talaqqi? Sounds very serious and memang untuk ostad ostajah je. Tapi hati sanubari memberontak nak pergi. Serius. Tak tipu.


So, i just gave my name blablabla and i joined them. But i was without friends *yang kenal pun yang BBM tu jelah, itu pun muslimin*. went to MATIN (Maahad Tahfiz Al Imam An Nawawi) di Kangar, Perlis with a sincere and pure heart. Ingin menuntut ilmu agama yang mahal itu.

To cut it short, many things i've learnt from this daurah. Ilmu yang telah direkodkan di dalam buku notaku terlalu mahal harganya bagiku. I can say some things as revisions mcm area solat and wudu'. Mcm kita pernah belajar masa sekolah dulu. Tapitapitapi, banyak lagi ilmu yang kita tak tahu serta diselitkan juga kisah-kisah baginda besar nabi, Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Memang mahal ! PRICELESS! 

Betul, makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu ! Allahu Rabbi!

Furthermore, solat berjemaah yang dilakukan di MATIN and the people surrounding were very touching. Entah sebab apa nak touchingtouching masa solat berjemaah is unknown. Hanya Allah yang tahu rahsia di hati yang tuan punya badan dia sendiri tak paham sebenarnya. Hinanya saya, hati sendiri pun tidak pandai tafsir. Allahu Rabbi. THIS IS PRICELESS. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik. Ameen. 
~ O mover of hearts, make my heart firm upon your obedience ~


The sisters were so nice and caring. baik hati. I did not feel like a stranger at all. Yala, dtg tanpa kwn kan. But that was not a big deal for me. Mcm lah tak boleh dpt kawan yang bebaik lagi solehah masa daurah kan. hehe. :D THIS IS PRICELESS.


Nak tahu siapa tok guru saya? jengjengjeng.

He is Habib Umar Khaleed Hassan al-Madihij. Siapa kenal? Angkat hidung ! hehe. Seorang warga Indonesia,   Pimpinan Pesantren Nurul Taufiq Pasuruwan. and lebih mengujakan hati ini lagi, beliau merupakan Ahlul Bait, keturunan Baginda nabi besar kita, Rasulullah s.a.w. Haaaa haaaa. So i was so excited to grab the knowledge that he has from this daurah. Seorang alim ulama lagi. Jadi hati yang merindukan Tuhannya yang mana yang tidak teruja dengan jemputan ke daurah ini ? Haaa cakap cakap. :D THIS IS PRICELESS!

apa lagi yang priceless ? ILMU ILMU ILMU ! of course. Jangan ditanya. Banyak sangat ilmu yang saya dpt di sini. Nasihat demi nasihat diberikan kepada jiwa yang tandus, hati yang berkarat dan diri yang hina ini. Dapat bersama ulama di dalam taman-taman syurga itu merupakan satu rahmat yang sangat PRICELESS bagi diri ini. Allah opened my heart to go and learn, meeting new friends yang pastinya sisters yang solehah, tok guru yang alim. Ya Allah, besar sungguh rahmatMu ini ya Allah ! Terima kasih ya Allahhh ! Semoga semua ilmu yang saya kutip directly from the Tok Guru Habib Khaleed and indirect lessons from sisters and people surrounding mendapat barokah. Ameen ya rabb ! THIS IS SUPER PRICELESS! 

I admit that saya tak sehebat sisters yang lain jika dibandingkan dari semua segi. Dari segi pakaian, akhlak, ibadah and ilmu. Memang nggak bisa dibandingkan dengan sisters yang lain. Tetapi I always want to be a better Muslimah, yang sentiasa mencintaiNya dan dicintai olehNya. Ameen ya rabbal alamin.

Nak tahu lagi ?

Seluruh duit Presiden Amareka si Barrack Obama pun tak dapat beli apa yang telah saya lalui 3 hari yang lalu tahu ? 
Seluruh harta Donald Terump tu pun tak bisa membayar harga apa yang telah saya lalui 3 hari yang lalu tahu ?

Kerana itu semua PRICELESS! Mana bisa dibayar dengan harta atau duit.Nggak mungkin bisa.

Semoga semua ilmu yang saya dapat itu dapat diamalkan dengan penuh istiqamah. Ameen ya Rabbal Alamin.

Nasihat Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Ayyuhal Walad (Wahai anakku yang tercinta),

" Ayyuhal walad,

      Janganlah engkau menjadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau menjadikan  
      dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata 
      ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak"


















Harapanku yang sangat besar agar pertemuan ini belum ada perpisahannya lagi. Let us make du'a to Allah. Semoga kita dapat berjumpa lagi di taman-taman firdaus, sematamata mercari mardhatillahNya. Ameen ya rabbal alamin.

Sejujurnya, saya rindu mereka, rindu dengan suara tok guru, rindu dengan suasana penuh ketenangan tersebut. Allahu Rabbi !




09 October 2012

bismillah.

bismillahirrahmanirahim. tajuk post pun bismillah. Dengan nama Allah saya mula menulis entry ni.

my previous entry was all jodoh. kan? last 2 entries. hum.

i do not why i keep on thinking about this. because byk sangat sohabats yang dtg mengadu at me about jodoh. im not an expert in this, klu nak tahu tentang jodoh, boleh tanya Ustazah Fatimah Syarha ke, Ustaz Abu Hisyam ke * btw, skrg Ustaz buat tazkirah kat Musolla al Ghazali. tajuk nikah, boleh ramairamai pergi menuntut ilmu di sana ya sohabats*

saja nak bercerita tentang seorang sohabat saya ini. beliau merupakan seorang yang pandai, ganas *well lelaki, biasalah*, outspoken, gagah and brave as well. recently, he told me that he fell in love with a girl. seorang Muslimah yg sy kira baik dan cantik di matanya, alim, pandai dan sebagainya. selalu mimpi psl Muslimah ni *mimpi yg baik ye* dan semua tweets dan status FB beliau, semua psl Muslimah yang seorang ini. jadi dia meluahkan semuanya pd saya. saya pun berkata,

"pergilah confess. cerita kat aku buat apa ? " *agak kasar bunyinya*

jadi beliau pun menjawab,

"ingat senang ka nak confess. klu dia reject aku mcm mana? frust lah aku"

saya berkata ,

"habeh tu, klu frust, nak terjun bangunan? " *mmg kasar*

beliau hanya ketawa baca ayat tersebut. boleh saya simpulkan di sini bahawa seganasganas sohabat saya yg seorang ni pun boleh jadi lemah cair bila berdepan dengan perempuan.

saya akui, waktu begini mmg waktu untuk jatuh cinta sebagainya. saya pun banyak kali dah pernah terjatuh dalam lubang ni, mmg susah nak bangun keluar dari lubang. susahsusah. serius susah. sesusahsusahnya nak kawal hati ni kan. naknak pulak saya ni bukanlah sealim atau sebaik sohabats lain di luar sana tu. banyak lagi dosanoda terpalittercalit pada diri ini. jadi, nak memperbaiki diri, dalam masa yang sama, nak keluar dari lubang tersebut.

cinta itu fitrah. klu tak cinta, abnormal namanya. jadi, dalam masa sedang mencari cinta ciptaan, apa kata kalau kita mencari cinta Sang Pencipta terdahulu? tetapi diakui bukan senang. kita sendiri sedang bergolak antara nafsu suka terhadap si dia dan juga nak mencari cinta Ilahi.

ada banyak sebab kita suka pada seseorang. mungkin sbb si dia itu cute, manja, pandai, cantik, handsome, famous, atlet, aktif dan sbgnya. tapi, mungkin kita boleh nilai balik, tanya hati tu, sbb apa sebenarnya kita suka pada dia ? sebab apa yaaa ? kalau di atas sebab yang boleh membawa kepada cinta Ilahi dan menuju ke Jannah, mungkin boleh fikir dan istikharah. klu bukan, muhasabah balik hati. :) 

jadi bila dah keliru mcm ni, siapa yang kita cari ? siapa ? siapa ? siapa ??

tentulah Allah kan. maybe kita cari kwn dulu sbb nak luah semua. klu kwn tu seorang yg baik, inshaAllah dia bimbing kita ke jalan yg benar.

jadi buat sohabat saya yg seorang ni dan juga sohabats di luar sana, mungkin boleh nilai semua hati kita. nilai sedalamdalamnya. hanya hati yg memahami. dan mengadulah pada Allah. biarlah sampai keluar air mata bagai, tanda kita perlukan Dia. kita bukan superhuman, kita ada hati dan perasaan. iman pun turun naik kan? jadi, seek Allah, Allah will protect you. :)

kepada sohabat yang kata saya ni pembunuh cinta, agak kasar bunyinya ya. saya bukan bunuh cinta, mana mungkin saya membunuh fitrah. bunuh nafsu mungkin?

Assalamualaikum. :)

28 September 2012

alhamdulillah. al-fatihah.

kalau kira-kira, dah seminggu hari Tok Wan pergi meninggalkan kami. sedih ini masih berbaki. tetapi, ku kuatkan hati demi hidup ini. bukan apa, di akhirat nanti kita hidup kembali. di situ bermula segalanya.

hanya doa yang dapat dititipkan buat Tok Wan di sana. aku bakal menyusul Tok Wan. kami semua bakal menyusul Tok Wan. selamat tinggal buat di dunia.

genap sudah umur 21. alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bertaubat. terima kasih Ya Allah. alhamdulillahhhh.

lepas mengaminkan semua doadoa yang dikirim oleh sohabats di FB, Twitter, BBM, SMS, MMS dan tidak kurang juga yang call diri ini, membalas semua ucapan "selamat hari Tua", aku mencari kesempatan untuk menulis di blog buat seketika.

bukan apa, rasa mcm lama tak menulis di sini.

kekadang terfikir juga, umur dah 21, tetapi apa sumbanganku untuk agama Islam?

apa ya ? ada ke tidak ? 

fikir sejenak. mulut diam. otak ligat berfikir, mencari cari.

hummm. mungkin perlu mencari lagi kot. *serious mode*

oh ya btw, syukran, thank you, terima kasih, merci beaucoup, danke atas semua doa-doa kalian. saya sendiri berdoa agar kalian semua dirahmati dan sentiasa berada di bawah penjagaanNya. :)





semoga aku mampu menjadi wanita solehah, taat pada suruhanNya, mencintai kekasihNya iaitu Nabiku, Muhammad saw, mengamalkan sunnah baginda Rasulullah saw, berpegang pada kompas hidup paling lengkap dan padu di dunia iaitu Al-Quran, menjadi penyejuk mata dan hati buat mak dan abah, kakak yang penyayang terhadap adiknya, seorang sohabat yang baik terhadap sohabatsnya (ini pengaruh seorang sohabat, "sohabats" = English plus Arab , hihi), pencinta setiap makhlukNya. ameen ya rabbal alamin.

"Wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah kami dalam agama dan ketaatan kepada Mu".

ameen, ameen, ameen ya Rabbal alamin. :)

10 September 2012

the time has come, i guess

Assalamualaikum.
i just want to share something which has to do with emotions,love marriage and so on. (sambil dengar lagu Ombak Rindu.hihihi)
since ramai yang post status about getting married, or engaged, or anything that got to do with the 'fitrah' or nature of human beings.

pernah seseorang itu memberitahu saya, perkara jodoh ini sangat subjektif dan mmg kita tidak nampak. apa yang kita buat adalah berusaha dan teruskan berdoa agar kita dikurniakan jodoh yang kita mahu atau hendak.
seseorang itu juga berkata, seandainya kita suka pada seseorang itu, dengan tujuan untuk menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, kena lafazkan.

"sudikah awak menjadi isteri/pendamping hidup saya ?"

itu dah dikira bertunang klu mengikut syariat. klu kita berkenalan dengan tujuan hendak menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, katanya boleh. itu dah dikira sebagai bertunang mengikut syariat. klu mengikut adat, keluarga lelaki pergi merisik/meminang perempuan tersebut.

kata seseorang itu lagi, "HIDUP INI BIARLAH UTAMAKAN SYARIAT, KEMUDIAN BARU ADAT"

jadi, sy yakin ramai yang dah bertunang di luar sana. :))

seseorang itu juga bertanya, "bila giliran nurulsufi pula?"

tiada jawapan khusus yang diberikan. hanya mampu memberi "smiley icon" dekat bbm tersebut.

membiarkan soalan dibalas dengan grafik senyuman.

satu lagi tips yang dikongsikan oleh seseorang itu jugak,

kalau kita meminati seseorang tersebut, malu hendak menyatakan isi hati, mahu istikharah terlebih dahulu agar tidak salah memilih, masa berdoa (after solat)  itu, khususkan nama si dia tersebut. kalau tahu nama penuh lagi bagus lah kan. kita berdoa sesungguhnya, dengan penuh rasa rendah hati, nyatakan hasrat di hati. insyaAllah,Allah akan memberikan jawapannya. iya ?

maklumlah, di usia begini, ke mana-mana pun org asyik bertanya. kepada yang sudah ada jawapan, teruskan. kepada yang masih mencari dan memperbaiki diri, teruskan. yakinlah, sedang kita memperbaiki diri di sini, si dia juga sedang memperbaiki diri di sana. sedang kita menjaga hati di sini, yakinlah si dia juga sedang menjaga hati di sana. sedang mengukuhkan hubungan dengan Allah di sini, yakinlah si dia juga sedang berbuat benda yang sama. Allah itu Maha Adil. jadi, sama-sama lah kita mencantikkan diri dan si dia di sana sedang meng-handsome-kan diri dengan bertaqwa kepada Allah. berdoalah kepada Allah agar sentiasa menjaga si dia yang kita nanti penuh kesabaran dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. tak ke sweet gitu? kita tak tahu pun siapa dia, tetapi kita selalu mendoakan kesejahteraan beliau. kesejahteraan mak abah, kawan-kawan, jiran-jiran, cikgu-cikgu, saudara seIslam pun jangan lupa didoakan yaaa. hihiii.

jadi kepada yang masih mencari, pesan sahabat saya yang seorang ini, teruskan mencari sambil memperbaiki diri. katanya, nak memilih suami ni, perempuan yang kena cerewet. kena cerewet untuk memilih imam. sbb hati perempuan ini lemah dan perlu dibimbing. jadi, perlu cerewet, kena pilih yang betolbetol. bukan setakat ke-handsome-man atau kecomelan si dia sahaja, tetapi kena consider juga tahap ke-Islaman beliau tersebut. tgk dia ni selalu pergi surau tak, siapa kawan beliau, siapa idola beliau, (Justin Bieber ke UAI? hihihi), mcm mana beliau bergaul dengan org lain, eii banyak benda lah kena consider. tetapi satu benda yang beliau pesan lagi, janganlah ingat awak ni nak kahwin dengan malaikat yang tiada salah dan dosa. awak kahwin dengan manusia, yang sudah pasti ada dosa. jadi, sama-sama memperbaiki diri dan yakin dengan doa yang kita pinta dengan Allah. have utter faith in HIM. baru betul !

kepada seseorang tersebut, syukran saya ucapkan. banyak betol benda yang saya pelajari dari beliau. alhamdulillah Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang saya kenal dalam masa yang sangat singkat dan sangat kebetulan pada masa tersebut. sama-sama kita memperbaiki diri, perjuangan masih belum selesai...

nak bercinta, bercintalah sampai ke Syurga !

 kita bercinta sampai ke syurga lah ya ? :)

22 August 2012

two in one

Assalamualaikum. Malas nak bebel pepanjang. So straight to the point, this entry is mainly about 2 big events happened in my life recently. SBE and raya.

Bagi yang wondering 'what the heck is SBE', sila masuk Institut Pendidikan Perguruan. Anda akan tahu dan alaminya sendiri. So SBE kali ni I admit mmg best even though benda yang dicari tak jumpa. Of course assignment Moral. Mmg tak jumpa langsung apa yang dikehendaki. (+_+'). But one thing yang nak dikongsi di sini ialah cikgu-cikgi SK Seri Perdana yang sangat best. They are the best . Firstly, sbb tak sombong. tetapi during first day tu, masa nak lapor diri before assembly tu, I met Puan Rohana (PK 1), the very first question she asked me during that early morning was "Are you really interested in teaching?". And of course my answer was a big "No". So she started bebel and nagging because Im not interested in teaching. But at last, truth was revealed. Dia pun tak interested in teaching world.  I was like "What the heck? (dlm hati) dia bebel about me not interested in teaching but at the same time dia pun dua kali lima. So i sat on the chair, waiting for my long time no see friend to come and maybe other new friends to come (apa ayat aku ni). She even asked a letter from IPBA. Dia tanya sbb my long time no see friend (Ain) punya IPG sent her a letter, informing that she will come and do her SBE here. Mcm termalu jugak sbb IPBA tak hantar surat pun kan. Maybe sbb ramai and they could not cope with that (lame). So bersembang and i told her what i want, but she said i chose the wrong school. Sbb sekolah ni taklah bermoral sngt. I mean subjek moral taklah ditekankan sngt. So i said its okay (padahal cuak) maybe i can just talk to the cikgu moral and kaunselor. Then, Ain came in. Lega rasa ! And loceng pun berbunyi tanda waktu perhimpunan. Jadi i followed the teacher tetapi at the same time, saat melangkah keluar dari pejabat, mata terlihat seorang yang handsome pakai songkok. I was like ni mesti buat SBE jugak ni. Smpai di perhimpunan as usual, diperkenalkan. So yang handsome pakai songkok td tu mmg buat SBE. Syameer. Lawak okay. Masa diperkenalkan, semua bebudak plus cikgu mcm "woaahhhh" tgk kehandseman beliau. I heard a teacher said "Eii tak puas tgk muka ustad (they called him ustad) ni dari jauh. kena p duk dekat sikit kot baru puas". Ya Allah, sampai mcm tu sekali penangan hang Syameer (nama dia Syameer, YDP IPG Perlis). But he was very cool. And after pehimpunan, cikgucikgi pun berkumpul and berbincang mengenai cuti. I must tell that cikgu pun perangai sebijik mcm budak. Me ain syameer were not giving a damn about the cuti at first, tetapi bila dah masuk bilik mesyuarat (tempat kami bertiga bermastautin), kami mula bersembang hebat psl cuti sehari tersebut. Haha. At first, ingatkan ustad ni sombong. Sbb pengalaman lalu yang bersuara. But he is not sombong. Dia ramah. Potpetpotet jugak orangnya. He is the son of s/u peperiksaan sekolah tu (Cikgu Jamil). And jugak bekas student skolah tu. Cehh patotla. So first day mmg super best sbb Puan Rohana said she will give me some info for my moral assignment. So okaylah kan. Daripada takdak langsung. Jadi kami bertiga pun pergilah ke bilik mesyuarat and tolong Cikgu Jamil (Syameer's dad) asingkan exam paper. Sambil asingkan tu, bersembanglah kami bertiga and of course topik utamanya ialah dunia pendidikan dan dunia guru pelatih. Banyak benda yang disembangkann termasuklah exam, BIG, SBE, KSSR, LINUS, course masingmasing, IPG masingmasing, some lecturers, skor A, family and banyak lagilah. Ain and me buat jejak kasih la kan. 9 years tak jumpa, but we contact each other within that 9 years. Mcmmcm cerita yang dikeluarkan and Syameer mmg akan menyampuk. Guru besar (GB) mmg agak garang and strict. Tapi okaylah. After asingkan semua exam paper tersebut, kami pun duduk and sambung bersembang. Topik yang lebih kurang sama. out of sudden, Puan Rohana and GB entered the meeting room and start lah bersembang.GB talked about Rosmah and Najib. And also kejatian diri anak Melayu yang semakin pupus. The same with Puan Rohana. Perbincangan menjadi a bit serious compared to only 3 of us. Mmg serius. Tapi best, berilmu and bermanfaat ! mmg best !

So second and third day kami berjalan-jalan sambil snap pictures yang best untuk disimpan sebagai kenangan. Masuk class, maen games with the students. I admit students SK Seri Perdana mmg cute mute ye. Bukan mute bisu. Itu exaggeration. Sangat comel. Cecomelcecomel ! They gave us cooperation and participated well. Mmg tak rancang pun activities, semua spontan but it went well. Phew. Last day ada Ihya' Ramadhan. Ain and me mmg tgk je sepanjang program berjalan. Syameer buat slide show, a bit of tazkirah and also menyanyi. One thing i realised about him is dia mmg agak ganas orangnya. Serius ganas. Dengan students lah maksudnya. After Ihya', three of us mengasingkan diri daripada majlis sebentar, pergi duduk kat satu laluan sebelah padang sambil angin menyapa and sembangsembang lagi. Since dah last day kan, kami pun makin rancak bersembang. Pasal rayalah, pasal puasa lah but still ada topik dunia pendidikan tersebut. After bersembang, we exchanged something and pulang ke rumah msing-masing. Of course pergi salam dulu dengan cikgucikgi yang sportingsporting tersebut. satu je benda tak suka pasal SBE. Ada sorang cikgu ni suruh kami complete her assignments. Bukan satu, tapi DUA ! phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwww ! Takpa, ikhlaskan hati walaupun sakit hati.

So raya this year agak laen sikit. Sempat pakai baju raya walaupun sebuk kalah chef kat dapuq. Sbb ramai sangat adik beradik yang datang bertandang. Mmg tak menang tangan ahhhhh ! Tak smpat pun nak bergambar bagai. After solat subuh, terus ja mintak maaf dekat mak abah tokwan tok. Jadi, no raya photos lah ye. 2nd day raya, semua adek beradek berkumpul and buat majlis tahlil. Seekor kambing berjaya ditumbangkan and sepuluh ekor ayam berjaya dimasak dan dimakan. But time kambing tu kena sembelih, dia teriak and I was like tersentap hati sedih. Dua kali dia teriak but buatbuat tak dengar. Sedih taw. Mcm boleh rasa ja betapa sakitnyaaaaaaa kena sembelih. Lepas masakmasak, kami pun makanmakan. Then snap pictures satu family besaq and family kecil kecilan. Best jugak raya taun ni. Cuma no photos dengan baju raya. Sedih bro. Takpa, next time ada lagi. :D

I hope its not too late nak ucap Salam Ei-Dul Fitr buat semua kawankawan di seluruh dunia. Haha ! Mintak maaf banyakbanyak andai pernah tersinggung dengan kata atau my actions. Bak kata, eh bak nyanyian lagu Najwa Latif, kosong-kosong ya. Comel jugak sebenarnya Najwa ni kan? Saya harap anda semua maafkan saya and of course saya maafkan anda semua. (aicehhhh)


                                             Boleh teka kan mana satu GB SK Seri Perdana?



till then, Assalamualaikum !


30 July 2012

apakah perasaan di kala itu

i know i should be writing my BIG reflection essay. yeah. hum nantilah.

nak cerita something (walaupun tiada yang mendengar atau membaca,haha). after i had my sahur early in the morning, i had thought of something.

sesuatu yang tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang. cuma terfikir.

apa yang aku fikirkan semasa lepas sahur tadi ialah senario di mana seandainya aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai 2 atau 3 org anak, tetiba suami aku bawa balik seorang wanita cantik dan berkata

"yang, ni madu awak"

agakagak apa respons aku ketika itu. naknak pulak time tu baru nak lunch dengan anak-anak and si suami tersayang cakap mcm tu depan anak-anak. mcm mana lah nak control perasaan yang tak tahulah ketika itu. mungkin si suami akan mengajak si wanita cantik tersebut untuk lunch bersama. sebagai isteri yang taat, mesti terdiam kan. tak tahulah hati nak remuk ke apa ke waktu tersebut. mata mungkin dah berkaca tahan air mata. rasa nak marah, nak jerit. dalam hati mesti terfikir "apa kurangnya aku ini ?" what !? after ten years?! aku ni tak pandai layan dia ke? tak pandai urus rumahtangga ke? tak pandai urus dia ke? tak pandai urus anak-anak ke? mcm mana nak control emosi depan anak-anak pada ketika itu.

mesti dah tak reti nak bercakap dengan suami tersayang. nak bawak berbincang pun, mesti aku je banyak diam. sbb aku ni jenis pendam perasaan. sedih pun sedih sensorang jelah. sakit pun sakit sensorang. masa tu, berbincang pun mungkin tiada guna. si suami mesti pertahankan diri, mengatakan sebab musabab beliau bertindak sedemikian. what choice do i have ? tak ada pilihan lain kecuali mendengar.

mengadu pada Allah sudah pasti. mengadu pada mak abah, sudah tentu. siapa lagi tempat nak mengadu ? takkan nak mintak cerai, bergegar Arasy. hummhummhummm. tak tahulah apa perasaan ketika itu. mcm manalah kehidupan selepas itu. terpaksa berkongsi kasih si suami dengan wanita lain. mungkin nama wanita tu aku taknak tahu sbb nanti semua org yang ada nama tu aku mungkin anti. seriously.

orang cakap  kalau kita bagi suami kita berpoligami, kita dapat payung emas di syurga. sebelum nak dapat payung emas di syurga tu, terpaksa melalui neraka di hati sendiri.

berdoa agar perkara ini tak terjadi kepada diri aku sendiri dan aku tidak menjadi wanita tersebut. ameen.

so, benda inilah aku fikir time sahur tadi. tulis benda nie pun sambil dengar lagu Dejavu  by Shila Amzah. walang rasa hati ini. walang rasa hati ini. walang.

21 July 2012

awesome !

salam semuanya !

just came back from Cameron Highland for BIG . hee, memang membina insan guru betollah BIG kali nie. camping timetime hujan, it was cold as hell (sbb ustaz Azman ckp kesejukan ialah seksa yang paling dahsyat di neraka nanti ) and semua org tak berpisah dengan sweater masing-masing. sejuk tahap dewa. khemah bocor di sana sini but we were cool about that. biasalah nama pun bercamping kan, takkan nak khemah mcm five star hotel pulak. so buatbuat tak nampak psl kebocoran di sana sini and we were wet with the rain all the times. sampai makanan pun sejuk. burrrrr. but i admit it was awesome sbb tak pernah camping time hujan. tak pernah bukak khemah time hujan lebat gila smpai kena berpayung ber-raincoat bagai. tak pernah makan di bawah langit yang sedang menangis and mmg dapat kuah lebih. haha ! senang cerita, this is an unforgettable memory of BIG !

on other unrelated thing, Ramadhan sudah tiba ! so to all Muslims, selamat menjalani ibadah puasa and selamat terawih! mintak maaf buat semua kenalan if i did any mistakes to you. semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita semua . let's build stronger relationship with our creator , Allah s.w.t. pintu syurga terbuka seluas-luasnya and pintu neraka ditutup. so, marilah kita berdoa and memohon keampunan sebanyak yang mungkin. semoga bertemu dengan Lailatul Qadar. ameennnnn ya Rabbal a'lamin !

:)

14 July 2012

hello half July !

Assalamualaikum ! masyaAllah dah sampai pertengahan July nie ! Ramadhan is approaching veryyyy soon.
been very busy here. susah btol nak online skrg nie. susah bha. siang petang malam duk meeting. meeting BIG lah, itulah, inilah. this is what we called as student's life .

kerja nanti lagi penat kot ?

                                                                  my choral speaking piece

will be going to Cameron Highland soon ! yeay ! im hoping for a good and awesome BIG for this semester. may Allah bless our journey and activities that we have planned for the kids and society there. ameen.

26 June 2012



remarkable and will always stay in my heart. thanks you NS. never fails to make me cry.

23 June 2012

new semester, new me ?

                                                                     a bit blueish. 

awww blogger has new features. i just realized that.

been quite busy lately. with the new schedule coming in and whatsoever. while writing this my roommate gave a bar of chocolate from Langkawi Island which im not sure what's its brand. very yummy. me like it !

the result is out. as expected. whatever it is, alhamdullilah to you Allah. alhamdulillah. there's a beautiful rainbow that you created for me behind all these sadness and frustrations.i pray you'll give me some strength to move on  and work harder this semester. ameen.

the schedule is quite crazy for this semester where we have few subjects but with more credit hours. haih. why la why ? it's getting tougher nowadays to be a teacher. yeah bukan senang kan. whoever says to be a teacher is an easy pathway, i'll kick your ass.

Ramadhan is approaching and honestly, tak sabar pulak. but im not sure whether i would be able to cope with the activities in the college as kawad kaki lah, class as usual *i guess*. harapharap boleh melalui Ramadhan kali ini dengan sempurna, seeking for His blessings and Jannah ameen. insyaAllah jika umur masih ditakdirkan panjang. 

i think that'd be all. A'salam !

07 June 2012

reflection

i always jump into silly stupid conclusion without knowing its premises. im sorry. 

O Allah, please guide my fragile heart. i always have faith in You.

ameen.


01 June 2012

a bit of freedom

it is holiday season. yeah, isn't that terrific? away from IPBA and its rules for about three weeks. away from colleagues or a term which i prefer, 'friends'.

 it is the moment i am free to do anything that i really love. perfect time to purchase some new novels, reading up friends' entries, watching movies,eating homemade food *of course the best cooking in the world,which is mum's cooking*, meeting siblings, lying on the bed at all time, cycling, tweet and of course the list goes on. not to mention, a perfect time to reflect everything that i have gone through and done at IPBA. both academically and personal things. academically, i guess everything went fine except for my Classroom Management component. a bit tough. assignment didn't go well. am quite upset about that. nothing new on personal side. more mature, i guess? hihihi !

a month ++ to go before Ramadhan approaches. can't wait. Allahumma baariklana fii rajabin wa sya'baana wa ballighna ramadhaan.Ya Allah Ya Tuhanku, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hidupkan) kami ke bulan (sehingga) Ramadhan. ameen.

on other unrelated topic. holiday = weddings. happy marriage and congratulations ! :)

maybe that's all for this time update. bye !

19 April 2012

before the sun goes down.

so before the sun goes down, i'd like to put few words here.

KOT has been done, so chin up to Blue / Laksamana warriors. thanks to mama Madam Z . gila semangat. :)

few hurtful things have happened and i don't like it.

mmg cuaca pun sangat tak best sbb hujan most of the times. the same thing happened recently. makin dewasa makin serabut pulak rasa.

hmmm. nothing more.


31 March 2012

random post.

been very busy these few past weeks. such hell weeks. balik class bukak lappie buat tutorial buat assignment. sent off stupid rejected drafts to lecturers and had extra lectures.

BIG was a good shot. but well well well.

SBE was a good one too. rasanya lagi best duduk di sekolah compared to belajar di IPBA. so, i told my mum;

"mak, IPBA bores me. sekolah is the best place for me. yeah, actually i don't to go back."

she smiled. and my dad interrupted our sweet mother-daughter conversation.

"abeh, mcm mana nak mengajaq kalau tak belajaq. belajaq mmg susah."

i just smiled. malas nak argue lagi. if only he knew my super boring life at IPBA, i bet he will just agree with me.

so, i met 4 new friends during SBE. 4 trainee teachers form IPDA. (IPG Darulaman) which is located at Jitra. they are all four grown men. 2 ustazs and 2 science teachers. practicum teachers, 3rd year. so it was super awkward when i didnt have any SBE friends yet i met 4 practicum teachers. they were nice, but what i've been informed is that they are the best students at IPDA. heeee. i didnt have the chance to sembang panjang with them because they looked super busy with their work, but at least we had that littlelittle conversations. the teachers were super awesome even though initially, they were like @*&#(#@ ! during the last day, barulah nak berbaikbaik. the students are cute. mcm artis pun ada.

so, that's it for my SBE.

as for the assignments, i foresee my dark future grades. arghh. my place (katil,meja) was sooooo messy with all the teaching aids and blablabla. urghh. can't wait to see my practicum life. uhhh.







yeahyeah. really can't wait for practicum. avada kedavra !

07 March 2012

an angel in disguise?

emosi tak terkawal bila baca berita Metro (today) kolum berita. seorang ibu merakam anaknya dirogol oleh teman lelaki.

seriously rasa sedih bila baca berita nie. geram and marah, budak uh baru 11 tahun and ibu yang sepatutnya menjadi malaikat kepada KANAK-KANAK PEREMPUAN tersebut dah jadi DAJAL.

hukuman penjara 20 tahun pun belum tentu dapat ubati trauma budak uh.

semoga Allah balas segala perbuatan kamu semua.

25 February 2012

terima kasih Tuhan

awak.
saya harap awak berada di bawah perlindunganNya.
amin.





at least, we stare at the same moon.



01 February 2012

.


rasa takda life duk kat IPBA. tetiba rasa menyesal.

24 January 2012

kata mak...

Assalamualaikum guys. and a big hi to those who are reading this. i realised that it's been awhile i haven't update this blog. too busy mending my soul and mind to focus on particular goals. i don't want to lose my focus this beautiful year. keep on staring at the gold !

few days ago, i went back to my village, Baling. located near to Kelantan. if you go there, u won't find any Kedah dialect because they speak like the Kelantanese. hihi.

so, it's my routine to help my mum cooks for lunch. so, terjadilah perbualan between two of us. she said "perempuan belajaq tinggi mana pun, dapuq juga tempat dia". yeah masa mudamuda remaja dulu i was like refuse to agree to this statement. hemm, for me the statement was really stupid. yalah, what's the use of dapat master and phd or whatever, tapi at last kena masak jugak kan ? tapi bila dah meningkat agak dewasa ini, terfikir-fikir jugak, mesti ada rasional kenapa my mum said that.

hurmm. how should i start it. okayla, as a perempuan or wanita, i always want the best for myself. mulamula of course nak belajar sungguh-sungguh. itu untuk diri sendiri. after that mestilah nak bina kerjaya and mula mencari suami untuk membina masjid. of course nak suami yang baik, soleh, berpelajaran and the list goes on. kemudian, bina keluarga. anak-anak. of course lah kahwin nanti nak ada anak kan.

apa kena mengena memasak dengan suami and bina keluarga ? anak-anak ?

org cakap, nak tawan hati suami, mestilah melalui perutnya. so, si isteri mestilah tahu memasak makanan kegemaran suami. kan ? seorang isteri yang baik lagi solehah mestilah tahu memasak.

mak saya tanya lagi, "kalau yun tak pandai masak, then ? nak amek orang gaji ? haih, orang gaji nie masak cincai ja. apa mantera yang dia baca time dia masak kita pun tak taw".

humm. termenung kejap. betol jugak. tertanyatanya jugak orang gaji mana yang memasak sambil berselawat kan ? kalau ada, that's good. kalaulah kita nak lembutkan hati suami or isteri or sesiapa sahaja yang kita sayang, selain berdoa, kita masaklah masakan kegemaran mereka disertai doa dan selawat. insyaAllah makanan yang kita masak disertai doa yang tulus ikhlas dan penuh kasih sayang tu akan meresap masuk ke dalam sel-sel badan mereka. that's why people always say mum's cooking is the best in the world ! sebab mereka masak dengan penuh kasih sayang, selawat dan doa yang mujarab kepada kita. walaupun masakan itu simple sangat. ayam goreng, nasik goreng.

humm. so, in order nak jadi isteri yang solehah dan ibu yang sangat penyayang kepada anak-anak, pandai memasak tu is one of the charateristics. nak anak-anak jadi soleh solehah, pandai, bijak , berani and so on, time memasak tu bolelah berdoa dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. it is important to remember that doa ibu itu sangat mustajab. ;)

saya respect orang yang belajar tinggitinggi sampai langit dan dia memasak untuk family dia. ehem. lelaki pandai masak pun best jugak ! ehem.

hihi. ;)

02 January 2012