09 October 2012

bismillah.

bismillahirrahmanirahim. tajuk post pun bismillah. Dengan nama Allah saya mula menulis entry ni.

my previous entry was all jodoh. kan? last 2 entries. hum.

i do not why i keep on thinking about this. because byk sangat sohabats yang dtg mengadu at me about jodoh. im not an expert in this, klu nak tahu tentang jodoh, boleh tanya Ustazah Fatimah Syarha ke, Ustaz Abu Hisyam ke * btw, skrg Ustaz buat tazkirah kat Musolla al Ghazali. tajuk nikah, boleh ramairamai pergi menuntut ilmu di sana ya sohabats*

saja nak bercerita tentang seorang sohabat saya ini. beliau merupakan seorang yang pandai, ganas *well lelaki, biasalah*, outspoken, gagah and brave as well. recently, he told me that he fell in love with a girl. seorang Muslimah yg sy kira baik dan cantik di matanya, alim, pandai dan sebagainya. selalu mimpi psl Muslimah ni *mimpi yg baik ye* dan semua tweets dan status FB beliau, semua psl Muslimah yang seorang ini. jadi dia meluahkan semuanya pd saya. saya pun berkata,

"pergilah confess. cerita kat aku buat apa ? " *agak kasar bunyinya*

jadi beliau pun menjawab,

"ingat senang ka nak confess. klu dia reject aku mcm mana? frust lah aku"

saya berkata ,

"habeh tu, klu frust, nak terjun bangunan? " *mmg kasar*

beliau hanya ketawa baca ayat tersebut. boleh saya simpulkan di sini bahawa seganasganas sohabat saya yg seorang ni pun boleh jadi lemah cair bila berdepan dengan perempuan.

saya akui, waktu begini mmg waktu untuk jatuh cinta sebagainya. saya pun banyak kali dah pernah terjatuh dalam lubang ni, mmg susah nak bangun keluar dari lubang. susahsusah. serius susah. sesusahsusahnya nak kawal hati ni kan. naknak pulak saya ni bukanlah sealim atau sebaik sohabats lain di luar sana tu. banyak lagi dosanoda terpalittercalit pada diri ini. jadi, nak memperbaiki diri, dalam masa yang sama, nak keluar dari lubang tersebut.

cinta itu fitrah. klu tak cinta, abnormal namanya. jadi, dalam masa sedang mencari cinta ciptaan, apa kata kalau kita mencari cinta Sang Pencipta terdahulu? tetapi diakui bukan senang. kita sendiri sedang bergolak antara nafsu suka terhadap si dia dan juga nak mencari cinta Ilahi.

ada banyak sebab kita suka pada seseorang. mungkin sbb si dia itu cute, manja, pandai, cantik, handsome, famous, atlet, aktif dan sbgnya. tapi, mungkin kita boleh nilai balik, tanya hati tu, sbb apa sebenarnya kita suka pada dia ? sebab apa yaaa ? kalau di atas sebab yang boleh membawa kepada cinta Ilahi dan menuju ke Jannah, mungkin boleh fikir dan istikharah. klu bukan, muhasabah balik hati. :) 

jadi bila dah keliru mcm ni, siapa yang kita cari ? siapa ? siapa ? siapa ??

tentulah Allah kan. maybe kita cari kwn dulu sbb nak luah semua. klu kwn tu seorang yg baik, inshaAllah dia bimbing kita ke jalan yg benar.

jadi buat sohabat saya yg seorang ni dan juga sohabats di luar sana, mungkin boleh nilai semua hati kita. nilai sedalamdalamnya. hanya hati yg memahami. dan mengadulah pada Allah. biarlah sampai keluar air mata bagai, tanda kita perlukan Dia. kita bukan superhuman, kita ada hati dan perasaan. iman pun turun naik kan? jadi, seek Allah, Allah will protect you. :)

kepada sohabat yang kata saya ni pembunuh cinta, agak kasar bunyinya ya. saya bukan bunuh cinta, mana mungkin saya membunuh fitrah. bunuh nafsu mungkin?

Assalamualaikum. :)

No comments: