30 July 2012

apakah perasaan di kala itu

i know i should be writing my BIG reflection essay. yeah. hum nantilah.

nak cerita something (walaupun tiada yang mendengar atau membaca,haha). after i had my sahur early in the morning, i had thought of something.

sesuatu yang tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang. cuma terfikir.

apa yang aku fikirkan semasa lepas sahur tadi ialah senario di mana seandainya aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai 2 atau 3 org anak, tetiba suami aku bawa balik seorang wanita cantik dan berkata

"yang, ni madu awak"

agakagak apa respons aku ketika itu. naknak pulak time tu baru nak lunch dengan anak-anak and si suami tersayang cakap mcm tu depan anak-anak. mcm mana lah nak control perasaan yang tak tahulah ketika itu. mungkin si suami akan mengajak si wanita cantik tersebut untuk lunch bersama. sebagai isteri yang taat, mesti terdiam kan. tak tahulah hati nak remuk ke apa ke waktu tersebut. mata mungkin dah berkaca tahan air mata. rasa nak marah, nak jerit. dalam hati mesti terfikir "apa kurangnya aku ini ?" what !? after ten years?! aku ni tak pandai layan dia ke? tak pandai urus rumahtangga ke? tak pandai urus dia ke? tak pandai urus anak-anak ke? mcm mana nak control emosi depan anak-anak pada ketika itu.

mesti dah tak reti nak bercakap dengan suami tersayang. nak bawak berbincang pun, mesti aku je banyak diam. sbb aku ni jenis pendam perasaan. sedih pun sedih sensorang jelah. sakit pun sakit sensorang. masa tu, berbincang pun mungkin tiada guna. si suami mesti pertahankan diri, mengatakan sebab musabab beliau bertindak sedemikian. what choice do i have ? tak ada pilihan lain kecuali mendengar.

mengadu pada Allah sudah pasti. mengadu pada mak abah, sudah tentu. siapa lagi tempat nak mengadu ? takkan nak mintak cerai, bergegar Arasy. hummhummhummm. tak tahulah apa perasaan ketika itu. mcm manalah kehidupan selepas itu. terpaksa berkongsi kasih si suami dengan wanita lain. mungkin nama wanita tu aku taknak tahu sbb nanti semua org yang ada nama tu aku mungkin anti. seriously.

orang cakap  kalau kita bagi suami kita berpoligami, kita dapat payung emas di syurga. sebelum nak dapat payung emas di syurga tu, terpaksa melalui neraka di hati sendiri.

berdoa agar perkara ini tak terjadi kepada diri aku sendiri dan aku tidak menjadi wanita tersebut. ameen.

so, benda inilah aku fikir time sahur tadi. tulis benda nie pun sambil dengar lagu Dejavu  by Shila Amzah. walang rasa hati ini. walang rasa hati ini. walang.

No comments: