10 September 2012

the time has come, i guess

Assalamualaikum.
i just want to share something which has to do with emotions,love marriage and so on. (sambil dengar lagu Ombak Rindu.hihihi)
since ramai yang post status about getting married, or engaged, or anything that got to do with the 'fitrah' or nature of human beings.

pernah seseorang itu memberitahu saya, perkara jodoh ini sangat subjektif dan mmg kita tidak nampak. apa yang kita buat adalah berusaha dan teruskan berdoa agar kita dikurniakan jodoh yang kita mahu atau hendak.
seseorang itu juga berkata, seandainya kita suka pada seseorang itu, dengan tujuan untuk menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, kena lafazkan.

"sudikah awak menjadi isteri/pendamping hidup saya ?"

itu dah dikira bertunang klu mengikut syariat. klu kita berkenalan dengan tujuan hendak menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, katanya boleh. itu dah dikira sebagai bertunang mengikut syariat. klu mengikut adat, keluarga lelaki pergi merisik/meminang perempuan tersebut.

kata seseorang itu lagi, "HIDUP INI BIARLAH UTAMAKAN SYARIAT, KEMUDIAN BARU ADAT"

jadi, sy yakin ramai yang dah bertunang di luar sana. :))

seseorang itu juga bertanya, "bila giliran nurulsufi pula?"

tiada jawapan khusus yang diberikan. hanya mampu memberi "smiley icon" dekat bbm tersebut.

membiarkan soalan dibalas dengan grafik senyuman.

satu lagi tips yang dikongsikan oleh seseorang itu jugak,

kalau kita meminati seseorang tersebut, malu hendak menyatakan isi hati, mahu istikharah terlebih dahulu agar tidak salah memilih, masa berdoa (after solat)  itu, khususkan nama si dia tersebut. kalau tahu nama penuh lagi bagus lah kan. kita berdoa sesungguhnya, dengan penuh rasa rendah hati, nyatakan hasrat di hati. insyaAllah,Allah akan memberikan jawapannya. iya ?

maklumlah, di usia begini, ke mana-mana pun org asyik bertanya. kepada yang sudah ada jawapan, teruskan. kepada yang masih mencari dan memperbaiki diri, teruskan. yakinlah, sedang kita memperbaiki diri di sini, si dia juga sedang memperbaiki diri di sana. sedang kita menjaga hati di sini, yakinlah si dia juga sedang menjaga hati di sana. sedang mengukuhkan hubungan dengan Allah di sini, yakinlah si dia juga sedang berbuat benda yang sama. Allah itu Maha Adil. jadi, sama-sama lah kita mencantikkan diri dan si dia di sana sedang meng-handsome-kan diri dengan bertaqwa kepada Allah. berdoalah kepada Allah agar sentiasa menjaga si dia yang kita nanti penuh kesabaran dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. tak ke sweet gitu? kita tak tahu pun siapa dia, tetapi kita selalu mendoakan kesejahteraan beliau. kesejahteraan mak abah, kawan-kawan, jiran-jiran, cikgu-cikgu, saudara seIslam pun jangan lupa didoakan yaaa. hihiii.

jadi kepada yang masih mencari, pesan sahabat saya yang seorang ini, teruskan mencari sambil memperbaiki diri. katanya, nak memilih suami ni, perempuan yang kena cerewet. kena cerewet untuk memilih imam. sbb hati perempuan ini lemah dan perlu dibimbing. jadi, perlu cerewet, kena pilih yang betolbetol. bukan setakat ke-handsome-man atau kecomelan si dia sahaja, tetapi kena consider juga tahap ke-Islaman beliau tersebut. tgk dia ni selalu pergi surau tak, siapa kawan beliau, siapa idola beliau, (Justin Bieber ke UAI? hihihi), mcm mana beliau bergaul dengan org lain, eii banyak benda lah kena consider. tetapi satu benda yang beliau pesan lagi, janganlah ingat awak ni nak kahwin dengan malaikat yang tiada salah dan dosa. awak kahwin dengan manusia, yang sudah pasti ada dosa. jadi, sama-sama memperbaiki diri dan yakin dengan doa yang kita pinta dengan Allah. have utter faith in HIM. baru betul !

kepada seseorang tersebut, syukran saya ucapkan. banyak betol benda yang saya pelajari dari beliau. alhamdulillah Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang saya kenal dalam masa yang sangat singkat dan sangat kebetulan pada masa tersebut. sama-sama kita memperbaiki diri, perjuangan masih belum selesai...

nak bercinta, bercintalah sampai ke Syurga !

 kita bercinta sampai ke syurga lah ya ? :)

No comments: