30 July 2012

apakah perasaan di kala itu

i know i should be writing my BIG reflection essay. yeah. hum nantilah.

nak cerita something (walaupun tiada yang mendengar atau membaca,haha). after i had my sahur early in the morning, i had thought of something.

sesuatu yang tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang. cuma terfikir.

apa yang aku fikirkan semasa lepas sahur tadi ialah senario di mana seandainya aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai 2 atau 3 org anak, tetiba suami aku bawa balik seorang wanita cantik dan berkata

"yang, ni madu awak"

agakagak apa respons aku ketika itu. naknak pulak time tu baru nak lunch dengan anak-anak and si suami tersayang cakap mcm tu depan anak-anak. mcm mana lah nak control perasaan yang tak tahulah ketika itu. mungkin si suami akan mengajak si wanita cantik tersebut untuk lunch bersama. sebagai isteri yang taat, mesti terdiam kan. tak tahulah hati nak remuk ke apa ke waktu tersebut. mata mungkin dah berkaca tahan air mata. rasa nak marah, nak jerit. dalam hati mesti terfikir "apa kurangnya aku ini ?" what !? after ten years?! aku ni tak pandai layan dia ke? tak pandai urus rumahtangga ke? tak pandai urus dia ke? tak pandai urus anak-anak ke? mcm mana nak control emosi depan anak-anak pada ketika itu.

mesti dah tak reti nak bercakap dengan suami tersayang. nak bawak berbincang pun, mesti aku je banyak diam. sbb aku ni jenis pendam perasaan. sedih pun sedih sensorang jelah. sakit pun sakit sensorang. masa tu, berbincang pun mungkin tiada guna. si suami mesti pertahankan diri, mengatakan sebab musabab beliau bertindak sedemikian. what choice do i have ? tak ada pilihan lain kecuali mendengar.

mengadu pada Allah sudah pasti. mengadu pada mak abah, sudah tentu. siapa lagi tempat nak mengadu ? takkan nak mintak cerai, bergegar Arasy. hummhummhummm. tak tahulah apa perasaan ketika itu. mcm manalah kehidupan selepas itu. terpaksa berkongsi kasih si suami dengan wanita lain. mungkin nama wanita tu aku taknak tahu sbb nanti semua org yang ada nama tu aku mungkin anti. seriously.

orang cakap  kalau kita bagi suami kita berpoligami, kita dapat payung emas di syurga. sebelum nak dapat payung emas di syurga tu, terpaksa melalui neraka di hati sendiri.

berdoa agar perkara ini tak terjadi kepada diri aku sendiri dan aku tidak menjadi wanita tersebut. ameen.

so, benda inilah aku fikir time sahur tadi. tulis benda nie pun sambil dengar lagu Dejavu  by Shila Amzah. walang rasa hati ini. walang rasa hati ini. walang.

21 July 2012

awesome !

salam semuanya !

just came back from Cameron Highland for BIG . hee, memang membina insan guru betollah BIG kali nie. camping timetime hujan, it was cold as hell (sbb ustaz Azman ckp kesejukan ialah seksa yang paling dahsyat di neraka nanti ) and semua org tak berpisah dengan sweater masing-masing. sejuk tahap dewa. khemah bocor di sana sini but we were cool about that. biasalah nama pun bercamping kan, takkan nak khemah mcm five star hotel pulak. so buatbuat tak nampak psl kebocoran di sana sini and we were wet with the rain all the times. sampai makanan pun sejuk. burrrrr. but i admit it was awesome sbb tak pernah camping time hujan. tak pernah bukak khemah time hujan lebat gila smpai kena berpayung ber-raincoat bagai. tak pernah makan di bawah langit yang sedang menangis and mmg dapat kuah lebih. haha ! senang cerita, this is an unforgettable memory of BIG !

on other unrelated thing, Ramadhan sudah tiba ! so to all Muslims, selamat menjalani ibadah puasa and selamat terawih! mintak maaf buat semua kenalan if i did any mistakes to you. semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna buat kita semua . let's build stronger relationship with our creator , Allah s.w.t. pintu syurga terbuka seluas-luasnya and pintu neraka ditutup. so, marilah kita berdoa and memohon keampunan sebanyak yang mungkin. semoga bertemu dengan Lailatul Qadar. ameennnnn ya Rabbal a'lamin !

:)

14 July 2012

hello half July !

Assalamualaikum ! masyaAllah dah sampai pertengahan July nie ! Ramadhan is approaching veryyyy soon.
been very busy here. susah btol nak online skrg nie. susah bha. siang petang malam duk meeting. meeting BIG lah, itulah, inilah. this is what we called as student's life .

kerja nanti lagi penat kot ?

                                                                  my choral speaking piece

will be going to Cameron Highland soon ! yeay ! im hoping for a good and awesome BIG for this semester. may Allah bless our journey and activities that we have planned for the kids and society there. ameen.