28 September 2012

alhamdulillah. al-fatihah.

kalau kira-kira, dah seminggu hari Tok Wan pergi meninggalkan kami. sedih ini masih berbaki. tetapi, ku kuatkan hati demi hidup ini. bukan apa, di akhirat nanti kita hidup kembali. di situ bermula segalanya.

hanya doa yang dapat dititipkan buat Tok Wan di sana. aku bakal menyusul Tok Wan. kami semua bakal menyusul Tok Wan. selamat tinggal buat di dunia.

genap sudah umur 21. alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bertaubat. terima kasih Ya Allah. alhamdulillahhhh.

lepas mengaminkan semua doadoa yang dikirim oleh sohabats di FB, Twitter, BBM, SMS, MMS dan tidak kurang juga yang call diri ini, membalas semua ucapan "selamat hari Tua", aku mencari kesempatan untuk menulis di blog buat seketika.

bukan apa, rasa mcm lama tak menulis di sini.

kekadang terfikir juga, umur dah 21, tetapi apa sumbanganku untuk agama Islam?

apa ya ? ada ke tidak ? 

fikir sejenak. mulut diam. otak ligat berfikir, mencari cari.

hummm. mungkin perlu mencari lagi kot. *serious mode*

oh ya btw, syukran, thank you, terima kasih, merci beaucoup, danke atas semua doa-doa kalian. saya sendiri berdoa agar kalian semua dirahmati dan sentiasa berada di bawah penjagaanNya. :)





semoga aku mampu menjadi wanita solehah, taat pada suruhanNya, mencintai kekasihNya iaitu Nabiku, Muhammad saw, mengamalkan sunnah baginda Rasulullah saw, berpegang pada kompas hidup paling lengkap dan padu di dunia iaitu Al-Quran, menjadi penyejuk mata dan hati buat mak dan abah, kakak yang penyayang terhadap adiknya, seorang sohabat yang baik terhadap sohabatsnya (ini pengaruh seorang sohabat, "sohabats" = English plus Arab , hihi), pencinta setiap makhlukNya. ameen ya rabbal alamin.

"Wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah kami dalam agama dan ketaatan kepada Mu".

ameen, ameen, ameen ya Rabbal alamin. :)

No comments: