10 December 2012

Muslimin itu...

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Hehe. Actually, entry kali ni copy paste je. Tapi menusuk tertusuk jugak hati ni bila baca benda ni. Khas buat kaum Muslimin yeah.


 Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah.
Tokoh ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga,melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri sering bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~

(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

Amacam? Ada rasa tak kecut jantungparuparu baca puisi ni? Hehe. Harap-harap kami (para Muslimat) dapat mendongak dengan megahnya apabila disebut lelaki Muslimin, kerana ketaqwaan dan kegagahan mereka menegakkan agama Allah! 

Sungguh kami rindukan lelaki dulu ! Acuan madrasah Rasulullah s.a.w.!

Heharap sesiapa yang baca ni dapat manfaat. Ameen Ya Rabbal Alamin! (^_^) 




No comments: