19 January 2011

~ subhanallah ~


while browsing through the most famous social networking site in the world, well known as Facebook, i came across this article . it is so interesting . so just wanna share this . :)



KISAH SUNGAI DALAM LAUT

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; satu daripadanya tawar lagi segar dan satu lagi masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika anda biasa menonton rancangan Discovery Channel pasti anda akan kenal Mr.Jacques Yves Costeau. Beliau merupakan seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke pelbagai dasar laut di seluruh dunia dan membuat dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk tontonan di seluruh dunia.

Suatu hari ketika sedang melakukan penerokaan di dasar sebuah lautan, tiba-tiba beliau menemui beberapa kumpulan mata air tawar segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang memisahkan kedua-duanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan itu. Beliau kemudiannya beranggapan yang itu hanyalah halusinansi atau khayalan sewaktu menyelam.

Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut. Namun beliau masih belum menemui jawapan yang memuaskan hati beliau tentang fenomena ganjil tersebut.

Sehinggalah pada suatu hari beliau bertemu dengan seorang profesor muslim dan kemudiannya menceritakan tentang fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al-Quran tentang bertemunya dua lautan (surah Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering dikaitkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi, "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan" Ertinya, "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan pula surah Al-Furqan ayat 53 di atas.

Menurut beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tetapi tidak bercampur airnya itu dimaksudkan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadinya pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surah Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi, "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" Ertinya, "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Sedangkan di muara sungai tidak terdapat mutiara. Maka tidak tepatlah tafsiran tersebut yang mengatakan yang ianya adalah muara sungai.

Maka terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al-Quran itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Baginya Al-Quran mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke-7, suatu zaman di mana masih belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di pedalaman laut. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad ke-20.

Mr. Costeau pun mengakui bahawa Al-Quran memang sesungguhnya kitab suci yang mengandungi firman Allah, yang seluruh kandungannya adalah betul-betul benar. Seketika itu juga beliau pun terus memeluk Islam. Allahu Akbar...!! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi lautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung..

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai ke kedalaman 30 meter, airnya adalah air segar (air tawar). Namun jika anda menyelam lagi sampai ke kedalaman melebihi dari 60 meter, airnya menjadi air masin. Tetapi anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. Subhaanallah.. Tempat inilah yang telah ditemui Mr. Costeau.

Sesetengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, tetapi adalah lapisan hidrogen sulfida yang nampak seperti sungai... Luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT. Allahu Akbar!!!!!!!!!



~ subhanallah ~

No comments: