09 October 2012

bismillah.

bismillahirrahmanirahim. tajuk post pun bismillah. Dengan nama Allah saya mula menulis entry ni.

my previous entry was all jodoh. kan? last 2 entries. hum.

i do not why i keep on thinking about this. because byk sangat sohabats yang dtg mengadu at me about jodoh. im not an expert in this, klu nak tahu tentang jodoh, boleh tanya Ustazah Fatimah Syarha ke, Ustaz Abu Hisyam ke * btw, skrg Ustaz buat tazkirah kat Musolla al Ghazali. tajuk nikah, boleh ramairamai pergi menuntut ilmu di sana ya sohabats*

saja nak bercerita tentang seorang sohabat saya ini. beliau merupakan seorang yang pandai, ganas *well lelaki, biasalah*, outspoken, gagah and brave as well. recently, he told me that he fell in love with a girl. seorang Muslimah yg sy kira baik dan cantik di matanya, alim, pandai dan sebagainya. selalu mimpi psl Muslimah ni *mimpi yg baik ye* dan semua tweets dan status FB beliau, semua psl Muslimah yang seorang ini. jadi dia meluahkan semuanya pd saya. saya pun berkata,

"pergilah confess. cerita kat aku buat apa ? " *agak kasar bunyinya*

jadi beliau pun menjawab,

"ingat senang ka nak confess. klu dia reject aku mcm mana? frust lah aku"

saya berkata ,

"habeh tu, klu frust, nak terjun bangunan? " *mmg kasar*

beliau hanya ketawa baca ayat tersebut. boleh saya simpulkan di sini bahawa seganasganas sohabat saya yg seorang ni pun boleh jadi lemah cair bila berdepan dengan perempuan.

saya akui, waktu begini mmg waktu untuk jatuh cinta sebagainya. saya pun banyak kali dah pernah terjatuh dalam lubang ni, mmg susah nak bangun keluar dari lubang. susahsusah. serius susah. sesusahsusahnya nak kawal hati ni kan. naknak pulak saya ni bukanlah sealim atau sebaik sohabats lain di luar sana tu. banyak lagi dosanoda terpalittercalit pada diri ini. jadi, nak memperbaiki diri, dalam masa yang sama, nak keluar dari lubang tersebut.

cinta itu fitrah. klu tak cinta, abnormal namanya. jadi, dalam masa sedang mencari cinta ciptaan, apa kata kalau kita mencari cinta Sang Pencipta terdahulu? tetapi diakui bukan senang. kita sendiri sedang bergolak antara nafsu suka terhadap si dia dan juga nak mencari cinta Ilahi.

ada banyak sebab kita suka pada seseorang. mungkin sbb si dia itu cute, manja, pandai, cantik, handsome, famous, atlet, aktif dan sbgnya. tapi, mungkin kita boleh nilai balik, tanya hati tu, sbb apa sebenarnya kita suka pada dia ? sebab apa yaaa ? kalau di atas sebab yang boleh membawa kepada cinta Ilahi dan menuju ke Jannah, mungkin boleh fikir dan istikharah. klu bukan, muhasabah balik hati. :) 

jadi bila dah keliru mcm ni, siapa yang kita cari ? siapa ? siapa ? siapa ??

tentulah Allah kan. maybe kita cari kwn dulu sbb nak luah semua. klu kwn tu seorang yg baik, inshaAllah dia bimbing kita ke jalan yg benar.

jadi buat sohabat saya yg seorang ni dan juga sohabats di luar sana, mungkin boleh nilai semua hati kita. nilai sedalamdalamnya. hanya hati yg memahami. dan mengadulah pada Allah. biarlah sampai keluar air mata bagai, tanda kita perlukan Dia. kita bukan superhuman, kita ada hati dan perasaan. iman pun turun naik kan? jadi, seek Allah, Allah will protect you. :)

kepada sohabat yang kata saya ni pembunuh cinta, agak kasar bunyinya ya. saya bukan bunuh cinta, mana mungkin saya membunuh fitrah. bunuh nafsu mungkin?

Assalamualaikum. :)

28 September 2012

alhamdulillah. al-fatihah.

kalau kira-kira, dah seminggu hari Tok Wan pergi meninggalkan kami. sedih ini masih berbaki. tetapi, ku kuatkan hati demi hidup ini. bukan apa, di akhirat nanti kita hidup kembali. di situ bermula segalanya.

hanya doa yang dapat dititipkan buat Tok Wan di sana. aku bakal menyusul Tok Wan. kami semua bakal menyusul Tok Wan. selamat tinggal buat di dunia.

genap sudah umur 21. alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bertaubat. terima kasih Ya Allah. alhamdulillahhhh.

lepas mengaminkan semua doadoa yang dikirim oleh sohabats di FB, Twitter, BBM, SMS, MMS dan tidak kurang juga yang call diri ini, membalas semua ucapan "selamat hari Tua", aku mencari kesempatan untuk menulis di blog buat seketika.

bukan apa, rasa mcm lama tak menulis di sini.

kekadang terfikir juga, umur dah 21, tetapi apa sumbanganku untuk agama Islam?

apa ya ? ada ke tidak ? 

fikir sejenak. mulut diam. otak ligat berfikir, mencari cari.

hummm. mungkin perlu mencari lagi kot. *serious mode*

oh ya btw, syukran, thank you, terima kasih, merci beaucoup, danke atas semua doa-doa kalian. saya sendiri berdoa agar kalian semua dirahmati dan sentiasa berada di bawah penjagaanNya. :)





semoga aku mampu menjadi wanita solehah, taat pada suruhanNya, mencintai kekasihNya iaitu Nabiku, Muhammad saw, mengamalkan sunnah baginda Rasulullah saw, berpegang pada kompas hidup paling lengkap dan padu di dunia iaitu Al-Quran, menjadi penyejuk mata dan hati buat mak dan abah, kakak yang penyayang terhadap adiknya, seorang sohabat yang baik terhadap sohabatsnya (ini pengaruh seorang sohabat, "sohabats" = English plus Arab , hihi), pencinta setiap makhlukNya. ameen ya rabbal alamin.

"Wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah kami dalam agama dan ketaatan kepada Mu".

ameen, ameen, ameen ya Rabbal alamin. :)

10 September 2012

the time has come, i guess

Assalamualaikum.
i just want to share something which has to do with emotions,love marriage and so on. (sambil dengar lagu Ombak Rindu.hihihi)
since ramai yang post status about getting married, or engaged, or anything that got to do with the 'fitrah' or nature of human beings.

pernah seseorang itu memberitahu saya, perkara jodoh ini sangat subjektif dan mmg kita tidak nampak. apa yang kita buat adalah berusaha dan teruskan berdoa agar kita dikurniakan jodoh yang kita mahu atau hendak.
seseorang itu juga berkata, seandainya kita suka pada seseorang itu, dengan tujuan untuk menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, kena lafazkan.

"sudikah awak menjadi isteri/pendamping hidup saya ?"

itu dah dikira bertunang klu mengikut syariat. klu kita berkenalan dengan tujuan hendak menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, katanya boleh. itu dah dikira sebagai bertunang mengikut syariat. klu mengikut adat, keluarga lelaki pergi merisik/meminang perempuan tersebut.

kata seseorang itu lagi, "HIDUP INI BIARLAH UTAMAKAN SYARIAT, KEMUDIAN BARU ADAT"

jadi, sy yakin ramai yang dah bertunang di luar sana. :))

seseorang itu juga bertanya, "bila giliran nurulsufi pula?"

tiada jawapan khusus yang diberikan. hanya mampu memberi "smiley icon" dekat bbm tersebut.

membiarkan soalan dibalas dengan grafik senyuman.

satu lagi tips yang dikongsikan oleh seseorang itu jugak,

kalau kita meminati seseorang tersebut, malu hendak menyatakan isi hati, mahu istikharah terlebih dahulu agar tidak salah memilih, masa berdoa (after solat)  itu, khususkan nama si dia tersebut. kalau tahu nama penuh lagi bagus lah kan. kita berdoa sesungguhnya, dengan penuh rasa rendah hati, nyatakan hasrat di hati. insyaAllah,Allah akan memberikan jawapannya. iya ?

maklumlah, di usia begini, ke mana-mana pun org asyik bertanya. kepada yang sudah ada jawapan, teruskan. kepada yang masih mencari dan memperbaiki diri, teruskan. yakinlah, sedang kita memperbaiki diri di sini, si dia juga sedang memperbaiki diri di sana. sedang kita menjaga hati di sini, yakinlah si dia juga sedang menjaga hati di sana. sedang mengukuhkan hubungan dengan Allah di sini, yakinlah si dia juga sedang berbuat benda yang sama. Allah itu Maha Adil. jadi, sama-sama lah kita mencantikkan diri dan si dia di sana sedang meng-handsome-kan diri dengan bertaqwa kepada Allah. berdoalah kepada Allah agar sentiasa menjaga si dia yang kita nanti penuh kesabaran dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. tak ke sweet gitu? kita tak tahu pun siapa dia, tetapi kita selalu mendoakan kesejahteraan beliau. kesejahteraan mak abah, kawan-kawan, jiran-jiran, cikgu-cikgu, saudara seIslam pun jangan lupa didoakan yaaa. hihiii.

jadi kepada yang masih mencari, pesan sahabat saya yang seorang ini, teruskan mencari sambil memperbaiki diri. katanya, nak memilih suami ni, perempuan yang kena cerewet. kena cerewet untuk memilih imam. sbb hati perempuan ini lemah dan perlu dibimbing. jadi, perlu cerewet, kena pilih yang betolbetol. bukan setakat ke-handsome-man atau kecomelan si dia sahaja, tetapi kena consider juga tahap ke-Islaman beliau tersebut. tgk dia ni selalu pergi surau tak, siapa kawan beliau, siapa idola beliau, (Justin Bieber ke UAI? hihihi), mcm mana beliau bergaul dengan org lain, eii banyak benda lah kena consider. tetapi satu benda yang beliau pesan lagi, janganlah ingat awak ni nak kahwin dengan malaikat yang tiada salah dan dosa. awak kahwin dengan manusia, yang sudah pasti ada dosa. jadi, sama-sama memperbaiki diri dan yakin dengan doa yang kita pinta dengan Allah. have utter faith in HIM. baru betul !

kepada seseorang tersebut, syukran saya ucapkan. banyak betol benda yang saya pelajari dari beliau. alhamdulillah Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang saya kenal dalam masa yang sangat singkat dan sangat kebetulan pada masa tersebut. sama-sama kita memperbaiki diri, perjuangan masih belum selesai...

nak bercinta, bercintalah sampai ke Syurga !

 kita bercinta sampai ke syurga lah ya ? :)

22 August 2012

two in one

Assalamualaikum. Malas nak bebel pepanjang. So straight to the point, this entry is mainly about 2 big events happened in my life recently. SBE and raya.

Bagi yang wondering 'what the heck is SBE', sila masuk Institut Pendidikan Perguruan. Anda akan tahu dan alaminya sendiri. So SBE kali ni I admit mmg best even though benda yang dicari tak jumpa. Of course assignment Moral. Mmg tak jumpa langsung apa yang dikehendaki. (+_+'). But one thing yang nak dikongsi di sini ialah cikgu-cikgi SK Seri Perdana yang sangat best. They are the best . Firstly, sbb tak sombong. tetapi during first day tu, masa nak lapor diri before assembly tu, I met Puan Rohana (PK 1), the very first question she asked me during that early morning was "Are you really interested in teaching?". And of course my answer was a big "No". So she started bebel and nagging because Im not interested in teaching. But at last, truth was revealed. Dia pun tak interested in teaching world.  I was like "What the heck? (dlm hati) dia bebel about me not interested in teaching but at the same time dia pun dua kali lima. So i sat on the chair, waiting for my long time no see friend to come and maybe other new friends to come (apa ayat aku ni). She even asked a letter from IPBA. Dia tanya sbb my long time no see friend (Ain) punya IPG sent her a letter, informing that she will come and do her SBE here. Mcm termalu jugak sbb IPBA tak hantar surat pun kan. Maybe sbb ramai and they could not cope with that (lame). So bersembang and i told her what i want, but she said i chose the wrong school. Sbb sekolah ni taklah bermoral sngt. I mean subjek moral taklah ditekankan sngt. So i said its okay (padahal cuak) maybe i can just talk to the cikgu moral and kaunselor. Then, Ain came in. Lega rasa ! And loceng pun berbunyi tanda waktu perhimpunan. Jadi i followed the teacher tetapi at the same time, saat melangkah keluar dari pejabat, mata terlihat seorang yang handsome pakai songkok. I was like ni mesti buat SBE jugak ni. Smpai di perhimpunan as usual, diperkenalkan. So yang handsome pakai songkok td tu mmg buat SBE. Syameer. Lawak okay. Masa diperkenalkan, semua bebudak plus cikgu mcm "woaahhhh" tgk kehandseman beliau. I heard a teacher said "Eii tak puas tgk muka ustad (they called him ustad) ni dari jauh. kena p duk dekat sikit kot baru puas". Ya Allah, sampai mcm tu sekali penangan hang Syameer (nama dia Syameer, YDP IPG Perlis). But he was very cool. And after pehimpunan, cikgucikgi pun berkumpul and berbincang mengenai cuti. I must tell that cikgu pun perangai sebijik mcm budak. Me ain syameer were not giving a damn about the cuti at first, tetapi bila dah masuk bilik mesyuarat (tempat kami bertiga bermastautin), kami mula bersembang hebat psl cuti sehari tersebut. Haha. At first, ingatkan ustad ni sombong. Sbb pengalaman lalu yang bersuara. But he is not sombong. Dia ramah. Potpetpotet jugak orangnya. He is the son of s/u peperiksaan sekolah tu (Cikgu Jamil). And jugak bekas student skolah tu. Cehh patotla. So first day mmg super best sbb Puan Rohana said she will give me some info for my moral assignment. So okaylah kan. Daripada takdak langsung. Jadi kami bertiga pun pergilah ke bilik mesyuarat and tolong Cikgu Jamil (Syameer's dad) asingkan exam paper. Sambil asingkan tu, bersembanglah kami bertiga and of course topik utamanya ialah dunia pendidikan dan dunia guru pelatih. Banyak benda yang disembangkann termasuklah exam, BIG, SBE, KSSR, LINUS, course masingmasing, IPG masingmasing, some lecturers, skor A, family and banyak lagilah. Ain and me buat jejak kasih la kan. 9 years tak jumpa, but we contact each other within that 9 years. Mcmmcm cerita yang dikeluarkan and Syameer mmg akan menyampuk. Guru besar (GB) mmg agak garang and strict. Tapi okaylah. After asingkan semua exam paper tersebut, kami pun duduk and sambung bersembang. Topik yang lebih kurang sama. out of sudden, Puan Rohana and GB entered the meeting room and start lah bersembang.GB talked about Rosmah and Najib. And also kejatian diri anak Melayu yang semakin pupus. The same with Puan Rohana. Perbincangan menjadi a bit serious compared to only 3 of us. Mmg serius. Tapi best, berilmu and bermanfaat ! mmg best !

So second and third day kami berjalan-jalan sambil snap pictures yang best untuk disimpan sebagai kenangan. Masuk class, maen games with the students. I admit students SK Seri Perdana mmg cute mute ye. Bukan mute bisu. Itu exaggeration. Sangat comel. Cecomelcecomel ! They gave us cooperation and participated well. Mmg tak rancang pun activities, semua spontan but it went well. Phew. Last day ada Ihya' Ramadhan. Ain and me mmg tgk je sepanjang program berjalan. Syameer buat slide show, a bit of tazkirah and also menyanyi. One thing i realised about him is dia mmg agak ganas orangnya. Serius ganas. Dengan students lah maksudnya. After Ihya', three of us mengasingkan diri daripada majlis sebentar, pergi duduk kat satu laluan sebelah padang sambil angin menyapa and sembangsembang lagi. Since dah last day kan, kami pun makin rancak bersembang. Pasal rayalah, pasal puasa lah but still ada topik dunia pendidikan tersebut. After bersembang, we exchanged something and pulang ke rumah msing-masing. Of course pergi salam dulu dengan cikgucikgi yang sportingsporting tersebut. satu je benda tak suka pasal SBE. Ada sorang cikgu ni suruh kami complete her assignments. Bukan satu, tapi DUA ! phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwww ! Takpa, ikhlaskan hati walaupun sakit hati.

So raya this year agak laen sikit. Sempat pakai baju raya walaupun sebuk kalah chef kat dapuq. Sbb ramai sangat adik beradik yang datang bertandang. Mmg tak menang tangan ahhhhh ! Tak smpat pun nak bergambar bagai. After solat subuh, terus ja mintak maaf dekat mak abah tokwan tok. Jadi, no raya photos lah ye. 2nd day raya, semua adek beradek berkumpul and buat majlis tahlil. Seekor kambing berjaya ditumbangkan and sepuluh ekor ayam berjaya dimasak dan dimakan. But time kambing tu kena sembelih, dia teriak and I was like tersentap hati sedih. Dua kali dia teriak but buatbuat tak dengar. Sedih taw. Mcm boleh rasa ja betapa sakitnyaaaaaaa kena sembelih. Lepas masakmasak, kami pun makanmakan. Then snap pictures satu family besaq and family kecil kecilan. Best jugak raya taun ni. Cuma no photos dengan baju raya. Sedih bro. Takpa, next time ada lagi. :D

I hope its not too late nak ucap Salam Ei-Dul Fitr buat semua kawankawan di seluruh dunia. Haha ! Mintak maaf banyakbanyak andai pernah tersinggung dengan kata atau my actions. Bak kata, eh bak nyanyian lagu Najwa Latif, kosong-kosong ya. Comel jugak sebenarnya Najwa ni kan? Saya harap anda semua maafkan saya and of course saya maafkan anda semua. (aicehhhh)


                                             Boleh teka kan mana satu GB SK Seri Perdana?



till then, Assalamualaikum !