Showing posts with label cherita hatiku. Show all posts
Showing posts with label cherita hatiku. Show all posts

28 December 2012

The Muslimah.

Assalamualaikum.

Entry kali ni bertajuk The Muslimah. The last entry for splendid 2012.

"Wanita itu perhiasan dunia. Seindah hiasan adalah wanita solehah".

Sebenarnya, diri ini sangat jahil. Jahil sejahiljahilnya. Hendak dibandingkan dengan wanitawanita solehah di luar sana, diri ini memang tak seberapa langsung. Susah nak tinggalkan jahiliyyah moden yang semakin berkarat di jiwa ini.

Kenapa susah sangat ni? Kenapakenapakenapa? (T_T)

"Syurga itu dikelilingi oleh perkara yang dibenci manusia, manakala neraka itu dikelilingi oleh perkara yang sangat dicintai manusia"

Got it ?

So Nurulsufi, nak dapat rahmat Allah sbg tiket ke syurga, sila korbankan jahiliyyah yang membawa ke neraka.

bye 2012.

10 December 2012

Muslimin itu...

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Hehe. Actually, entry kali ni copy paste je. Tapi menusuk tertusuk jugak hati ni bila baca benda ni. Khas buat kaum Muslimin yeah.


 Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah,Saifullah.
Tokoh ramai tak terkira.

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya,boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga,melindungi,

Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat,perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,

Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,

Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas,binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,

Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia seisinya

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad tekun berdakwah,

Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan,tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,

Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,

Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri sering bertelingkah.
Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan madrasah Rasul~

(dipetik dari Syabab Musafir Kasih, Fatimah Syarha Mohd. Noordin)

Amacam? Ada rasa tak kecut jantungparuparu baca puisi ni? Hehe. Harap-harap kami (para Muslimat) dapat mendongak dengan megahnya apabila disebut lelaki Muslimin, kerana ketaqwaan dan kegagahan mereka menegakkan agama Allah! 

Sungguh kami rindukan lelaki dulu ! Acuan madrasah Rasulullah s.a.w.!

Heharap sesiapa yang baca ni dapat manfaat. Ameen Ya Rabbal Alamin! (^_^) 




08 December 2012

priceless !

Bismillahirrahmanirrahim.

In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful.

Dengan penuh rasa rendah diri, saya mula menulis entry ini dengan mata berkaca.

*tears falling down my cheeks while putting these thoughts and experience into words*

The last 3 days, I actually went to a talaqqi or in BM we called it as "daurah ilmiah".

What is "daurah ilmiah"?

"Daurah" or "dauroh" means meetings and we stay at a place for few days. okay ?

"Ilmiah" means "ilmu" or knowledge. but the focus was of course religious knowledge. *grin*

* Definisi dari google *

Jadi, apa yang priceless nya di sini? Banyak sangat!

Semoga ukhwah yang terbina selama 4 hari ini membawa kita ke Jannatul Firdaus, syurga tertinggi, di mana kita berkumpul semuanya dan juga tempat di mana Baginda nabi besar kita, Saidina Muhammad s.a.w akan tinggal nanti. Hum. Mahu nggak ? Siapa yang tak mahu, inshaAllah biiznillah !

Lemme tell you something priceless. 

Hendak dijadikan cerita, one night, a sohabat BBM-ed me.

"Hey jom join talaqqi!"

And i was like, what is talaqqi? Sounds very serious and memang untuk ostad ostajah je. Tapi hati sanubari memberontak nak pergi. Serius. Tak tipu.


So, i just gave my name blablabla and i joined them. But i was without friends *yang kenal pun yang BBM tu jelah, itu pun muslimin*. went to MATIN (Maahad Tahfiz Al Imam An Nawawi) di Kangar, Perlis with a sincere and pure heart. Ingin menuntut ilmu agama yang mahal itu.

To cut it short, many things i've learnt from this daurah. Ilmu yang telah direkodkan di dalam buku notaku terlalu mahal harganya bagiku. I can say some things as revisions mcm area solat and wudu'. Mcm kita pernah belajar masa sekolah dulu. Tapitapitapi, banyak lagi ilmu yang kita tak tahu serta diselitkan juga kisah-kisah baginda besar nabi, Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Memang mahal ! PRICELESS! 

Betul, makin banyak kita belajar, makin banyak yang kita tak tahu ! Allahu Rabbi!

Furthermore, solat berjemaah yang dilakukan di MATIN and the people surrounding were very touching. Entah sebab apa nak touchingtouching masa solat berjemaah is unknown. Hanya Allah yang tahu rahsia di hati yang tuan punya badan dia sendiri tak paham sebenarnya. Hinanya saya, hati sendiri pun tidak pandai tafsir. Allahu Rabbi. THIS IS PRICELESS. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik. Ameen. 
~ O mover of hearts, make my heart firm upon your obedience ~


The sisters were so nice and caring. baik hati. I did not feel like a stranger at all. Yala, dtg tanpa kwn kan. But that was not a big deal for me. Mcm lah tak boleh dpt kawan yang bebaik lagi solehah masa daurah kan. hehe. :D THIS IS PRICELESS.


Nak tahu siapa tok guru saya? jengjengjeng.

He is Habib Umar Khaleed Hassan al-Madihij. Siapa kenal? Angkat hidung ! hehe. Seorang warga Indonesia,   Pimpinan Pesantren Nurul Taufiq Pasuruwan. and lebih mengujakan hati ini lagi, beliau merupakan Ahlul Bait, keturunan Baginda nabi besar kita, Rasulullah s.a.w. Haaaa haaaa. So i was so excited to grab the knowledge that he has from this daurah. Seorang alim ulama lagi. Jadi hati yang merindukan Tuhannya yang mana yang tidak teruja dengan jemputan ke daurah ini ? Haaa cakap cakap. :D THIS IS PRICELESS!

apa lagi yang priceless ? ILMU ILMU ILMU ! of course. Jangan ditanya. Banyak sangat ilmu yang saya dpt di sini. Nasihat demi nasihat diberikan kepada jiwa yang tandus, hati yang berkarat dan diri yang hina ini. Dapat bersama ulama di dalam taman-taman syurga itu merupakan satu rahmat yang sangat PRICELESS bagi diri ini. Allah opened my heart to go and learn, meeting new friends yang pastinya sisters yang solehah, tok guru yang alim. Ya Allah, besar sungguh rahmatMu ini ya Allah ! Terima kasih ya Allahhh ! Semoga semua ilmu yang saya kutip directly from the Tok Guru Habib Khaleed and indirect lessons from sisters and people surrounding mendapat barokah. Ameen ya rabb ! THIS IS SUPER PRICELESS! 

I admit that saya tak sehebat sisters yang lain jika dibandingkan dari semua segi. Dari segi pakaian, akhlak, ibadah and ilmu. Memang nggak bisa dibandingkan dengan sisters yang lain. Tetapi I always want to be a better Muslimah, yang sentiasa mencintaiNya dan dicintai olehNya. Ameen ya rabbal alamin.

Nak tahu lagi ?

Seluruh duit Presiden Amareka si Barrack Obama pun tak dapat beli apa yang telah saya lalui 3 hari yang lalu tahu ? 
Seluruh harta Donald Terump tu pun tak bisa membayar harga apa yang telah saya lalui 3 hari yang lalu tahu ?

Kerana itu semua PRICELESS! Mana bisa dibayar dengan harta atau duit.Nggak mungkin bisa.

Semoga semua ilmu yang saya dapat itu dapat diamalkan dengan penuh istiqamah. Ameen ya Rabbal Alamin.

Nasihat Imam Al-Ghazali dalam kitabnya, Ayyuhal Walad (Wahai anakku yang tercinta),

" Ayyuhal walad,

      Janganlah engkau menjadi orang yang muflis pada amalnya dan janganlah engkau menjadikan  
      dirimu itu kosong daripada perkara yang berfaedah dan yakinlah bahawasanya semata-mata 
      ilmu itu belum dapat menjamin keselamatanmu di akhirat kelak"


















Harapanku yang sangat besar agar pertemuan ini belum ada perpisahannya lagi. Let us make du'a to Allah. Semoga kita dapat berjumpa lagi di taman-taman firdaus, sematamata mercari mardhatillahNya. Ameen ya rabbal alamin.

Sejujurnya, saya rindu mereka, rindu dengan suara tok guru, rindu dengan suasana penuh ketenangan tersebut. Allahu Rabbi !




09 October 2012

bismillah.

bismillahirrahmanirahim. tajuk post pun bismillah. Dengan nama Allah saya mula menulis entry ni.

my previous entry was all jodoh. kan? last 2 entries. hum.

i do not why i keep on thinking about this. because byk sangat sohabats yang dtg mengadu at me about jodoh. im not an expert in this, klu nak tahu tentang jodoh, boleh tanya Ustazah Fatimah Syarha ke, Ustaz Abu Hisyam ke * btw, skrg Ustaz buat tazkirah kat Musolla al Ghazali. tajuk nikah, boleh ramairamai pergi menuntut ilmu di sana ya sohabats*

saja nak bercerita tentang seorang sohabat saya ini. beliau merupakan seorang yang pandai, ganas *well lelaki, biasalah*, outspoken, gagah and brave as well. recently, he told me that he fell in love with a girl. seorang Muslimah yg sy kira baik dan cantik di matanya, alim, pandai dan sebagainya. selalu mimpi psl Muslimah ni *mimpi yg baik ye* dan semua tweets dan status FB beliau, semua psl Muslimah yang seorang ini. jadi dia meluahkan semuanya pd saya. saya pun berkata,

"pergilah confess. cerita kat aku buat apa ? " *agak kasar bunyinya*

jadi beliau pun menjawab,

"ingat senang ka nak confess. klu dia reject aku mcm mana? frust lah aku"

saya berkata ,

"habeh tu, klu frust, nak terjun bangunan? " *mmg kasar*

beliau hanya ketawa baca ayat tersebut. boleh saya simpulkan di sini bahawa seganasganas sohabat saya yg seorang ni pun boleh jadi lemah cair bila berdepan dengan perempuan.

saya akui, waktu begini mmg waktu untuk jatuh cinta sebagainya. saya pun banyak kali dah pernah terjatuh dalam lubang ni, mmg susah nak bangun keluar dari lubang. susahsusah. serius susah. sesusahsusahnya nak kawal hati ni kan. naknak pulak saya ni bukanlah sealim atau sebaik sohabats lain di luar sana tu. banyak lagi dosanoda terpalittercalit pada diri ini. jadi, nak memperbaiki diri, dalam masa yang sama, nak keluar dari lubang tersebut.

cinta itu fitrah. klu tak cinta, abnormal namanya. jadi, dalam masa sedang mencari cinta ciptaan, apa kata kalau kita mencari cinta Sang Pencipta terdahulu? tetapi diakui bukan senang. kita sendiri sedang bergolak antara nafsu suka terhadap si dia dan juga nak mencari cinta Ilahi.

ada banyak sebab kita suka pada seseorang. mungkin sbb si dia itu cute, manja, pandai, cantik, handsome, famous, atlet, aktif dan sbgnya. tapi, mungkin kita boleh nilai balik, tanya hati tu, sbb apa sebenarnya kita suka pada dia ? sebab apa yaaa ? kalau di atas sebab yang boleh membawa kepada cinta Ilahi dan menuju ke Jannah, mungkin boleh fikir dan istikharah. klu bukan, muhasabah balik hati. :) 

jadi bila dah keliru mcm ni, siapa yang kita cari ? siapa ? siapa ? siapa ??

tentulah Allah kan. maybe kita cari kwn dulu sbb nak luah semua. klu kwn tu seorang yg baik, inshaAllah dia bimbing kita ke jalan yg benar.

jadi buat sohabat saya yg seorang ni dan juga sohabats di luar sana, mungkin boleh nilai semua hati kita. nilai sedalamdalamnya. hanya hati yg memahami. dan mengadulah pada Allah. biarlah sampai keluar air mata bagai, tanda kita perlukan Dia. kita bukan superhuman, kita ada hati dan perasaan. iman pun turun naik kan? jadi, seek Allah, Allah will protect you. :)

kepada sohabat yang kata saya ni pembunuh cinta, agak kasar bunyinya ya. saya bukan bunuh cinta, mana mungkin saya membunuh fitrah. bunuh nafsu mungkin?

Assalamualaikum. :)

28 September 2012

alhamdulillah. al-fatihah.

kalau kira-kira, dah seminggu hari Tok Wan pergi meninggalkan kami. sedih ini masih berbaki. tetapi, ku kuatkan hati demi hidup ini. bukan apa, di akhirat nanti kita hidup kembali. di situ bermula segalanya.

hanya doa yang dapat dititipkan buat Tok Wan di sana. aku bakal menyusul Tok Wan. kami semua bakal menyusul Tok Wan. selamat tinggal buat di dunia.

genap sudah umur 21. alhamdulillah, masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan bertaubat. terima kasih Ya Allah. alhamdulillahhhh.

lepas mengaminkan semua doadoa yang dikirim oleh sohabats di FB, Twitter, BBM, SMS, MMS dan tidak kurang juga yang call diri ini, membalas semua ucapan "selamat hari Tua", aku mencari kesempatan untuk menulis di blog buat seketika.

bukan apa, rasa mcm lama tak menulis di sini.

kekadang terfikir juga, umur dah 21, tetapi apa sumbanganku untuk agama Islam?

apa ya ? ada ke tidak ? 

fikir sejenak. mulut diam. otak ligat berfikir, mencari cari.

hummm. mungkin perlu mencari lagi kot. *serious mode*

oh ya btw, syukran, thank you, terima kasih, merci beaucoup, danke atas semua doa-doa kalian. saya sendiri berdoa agar kalian semua dirahmati dan sentiasa berada di bawah penjagaanNya. :)





semoga aku mampu menjadi wanita solehah, taat pada suruhanNya, mencintai kekasihNya iaitu Nabiku, Muhammad saw, mengamalkan sunnah baginda Rasulullah saw, berpegang pada kompas hidup paling lengkap dan padu di dunia iaitu Al-Quran, menjadi penyejuk mata dan hati buat mak dan abah, kakak yang penyayang terhadap adiknya, seorang sohabat yang baik terhadap sohabatsnya (ini pengaruh seorang sohabat, "sohabats" = English plus Arab , hihi), pencinta setiap makhlukNya. ameen ya rabbal alamin.

"Wahai Tuhan yang membolakbalikkan hati, tetapkanlah kami dalam agama dan ketaatan kepada Mu".

ameen, ameen, ameen ya Rabbal alamin. :)

10 September 2012

the time has come, i guess

Assalamualaikum.
i just want to share something which has to do with emotions,love marriage and so on. (sambil dengar lagu Ombak Rindu.hihihi)
since ramai yang post status about getting married, or engaged, or anything that got to do with the 'fitrah' or nature of human beings.

pernah seseorang itu memberitahu saya, perkara jodoh ini sangat subjektif dan mmg kita tidak nampak. apa yang kita buat adalah berusaha dan teruskan berdoa agar kita dikurniakan jodoh yang kita mahu atau hendak.
seseorang itu juga berkata, seandainya kita suka pada seseorang itu, dengan tujuan untuk menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, kena lafazkan.

"sudikah awak menjadi isteri/pendamping hidup saya ?"

itu dah dikira bertunang klu mengikut syariat. klu kita berkenalan dengan tujuan hendak menjadikan seseorang itu sbg isteri/suami, katanya boleh. itu dah dikira sebagai bertunang mengikut syariat. klu mengikut adat, keluarga lelaki pergi merisik/meminang perempuan tersebut.

kata seseorang itu lagi, "HIDUP INI BIARLAH UTAMAKAN SYARIAT, KEMUDIAN BARU ADAT"

jadi, sy yakin ramai yang dah bertunang di luar sana. :))

seseorang itu juga bertanya, "bila giliran nurulsufi pula?"

tiada jawapan khusus yang diberikan. hanya mampu memberi "smiley icon" dekat bbm tersebut.

membiarkan soalan dibalas dengan grafik senyuman.

satu lagi tips yang dikongsikan oleh seseorang itu jugak,

kalau kita meminati seseorang tersebut, malu hendak menyatakan isi hati, mahu istikharah terlebih dahulu agar tidak salah memilih, masa berdoa (after solat)  itu, khususkan nama si dia tersebut. kalau tahu nama penuh lagi bagus lah kan. kita berdoa sesungguhnya, dengan penuh rasa rendah hati, nyatakan hasrat di hati. insyaAllah,Allah akan memberikan jawapannya. iya ?

maklumlah, di usia begini, ke mana-mana pun org asyik bertanya. kepada yang sudah ada jawapan, teruskan. kepada yang masih mencari dan memperbaiki diri, teruskan. yakinlah, sedang kita memperbaiki diri di sini, si dia juga sedang memperbaiki diri di sana. sedang kita menjaga hati di sini, yakinlah si dia juga sedang menjaga hati di sana. sedang mengukuhkan hubungan dengan Allah di sini, yakinlah si dia juga sedang berbuat benda yang sama. Allah itu Maha Adil. jadi, sama-sama lah kita mencantikkan diri dan si dia di sana sedang meng-handsome-kan diri dengan bertaqwa kepada Allah. berdoalah kepada Allah agar sentiasa menjaga si dia yang kita nanti penuh kesabaran dan sentiasa berada di bawah lembayung rahmatNya. tak ke sweet gitu? kita tak tahu pun siapa dia, tetapi kita selalu mendoakan kesejahteraan beliau. kesejahteraan mak abah, kawan-kawan, jiran-jiran, cikgu-cikgu, saudara seIslam pun jangan lupa didoakan yaaa. hihiii.

jadi kepada yang masih mencari, pesan sahabat saya yang seorang ini, teruskan mencari sambil memperbaiki diri. katanya, nak memilih suami ni, perempuan yang kena cerewet. kena cerewet untuk memilih imam. sbb hati perempuan ini lemah dan perlu dibimbing. jadi, perlu cerewet, kena pilih yang betolbetol. bukan setakat ke-handsome-man atau kecomelan si dia sahaja, tetapi kena consider juga tahap ke-Islaman beliau tersebut. tgk dia ni selalu pergi surau tak, siapa kawan beliau, siapa idola beliau, (Justin Bieber ke UAI? hihihi), mcm mana beliau bergaul dengan org lain, eii banyak benda lah kena consider. tetapi satu benda yang beliau pesan lagi, janganlah ingat awak ni nak kahwin dengan malaikat yang tiada salah dan dosa. awak kahwin dengan manusia, yang sudah pasti ada dosa. jadi, sama-sama memperbaiki diri dan yakin dengan doa yang kita pinta dengan Allah. have utter faith in HIM. baru betul !

kepada seseorang tersebut, syukran saya ucapkan. banyak betol benda yang saya pelajari dari beliau. alhamdulillah Allah temukan saya dengan seorang sahabat yang saya kenal dalam masa yang sangat singkat dan sangat kebetulan pada masa tersebut. sama-sama kita memperbaiki diri, perjuangan masih belum selesai...

nak bercinta, bercintalah sampai ke Syurga !

 kita bercinta sampai ke syurga lah ya ? :)

22 August 2012

two in one

Assalamualaikum. Malas nak bebel pepanjang. So straight to the point, this entry is mainly about 2 big events happened in my life recently. SBE and raya.

Bagi yang wondering 'what the heck is SBE', sila masuk Institut Pendidikan Perguruan. Anda akan tahu dan alaminya sendiri. So SBE kali ni I admit mmg best even though benda yang dicari tak jumpa. Of course assignment Moral. Mmg tak jumpa langsung apa yang dikehendaki. (+_+'). But one thing yang nak dikongsi di sini ialah cikgu-cikgi SK Seri Perdana yang sangat best. They are the best . Firstly, sbb tak sombong. tetapi during first day tu, masa nak lapor diri before assembly tu, I met Puan Rohana (PK 1), the very first question she asked me during that early morning was "Are you really interested in teaching?". And of course my answer was a big "No". So she started bebel and nagging because Im not interested in teaching. But at last, truth was revealed. Dia pun tak interested in teaching world.  I was like "What the heck? (dlm hati) dia bebel about me not interested in teaching but at the same time dia pun dua kali lima. So i sat on the chair, waiting for my long time no see friend to come and maybe other new friends to come (apa ayat aku ni). She even asked a letter from IPBA. Dia tanya sbb my long time no see friend (Ain) punya IPG sent her a letter, informing that she will come and do her SBE here. Mcm termalu jugak sbb IPBA tak hantar surat pun kan. Maybe sbb ramai and they could not cope with that (lame). So bersembang and i told her what i want, but she said i chose the wrong school. Sbb sekolah ni taklah bermoral sngt. I mean subjek moral taklah ditekankan sngt. So i said its okay (padahal cuak) maybe i can just talk to the cikgu moral and kaunselor. Then, Ain came in. Lega rasa ! And loceng pun berbunyi tanda waktu perhimpunan. Jadi i followed the teacher tetapi at the same time, saat melangkah keluar dari pejabat, mata terlihat seorang yang handsome pakai songkok. I was like ni mesti buat SBE jugak ni. Smpai di perhimpunan as usual, diperkenalkan. So yang handsome pakai songkok td tu mmg buat SBE. Syameer. Lawak okay. Masa diperkenalkan, semua bebudak plus cikgu mcm "woaahhhh" tgk kehandseman beliau. I heard a teacher said "Eii tak puas tgk muka ustad (they called him ustad) ni dari jauh. kena p duk dekat sikit kot baru puas". Ya Allah, sampai mcm tu sekali penangan hang Syameer (nama dia Syameer, YDP IPG Perlis). But he was very cool. And after pehimpunan, cikgucikgi pun berkumpul and berbincang mengenai cuti. I must tell that cikgu pun perangai sebijik mcm budak. Me ain syameer were not giving a damn about the cuti at first, tetapi bila dah masuk bilik mesyuarat (tempat kami bertiga bermastautin), kami mula bersembang hebat psl cuti sehari tersebut. Haha. At first, ingatkan ustad ni sombong. Sbb pengalaman lalu yang bersuara. But he is not sombong. Dia ramah. Potpetpotet jugak orangnya. He is the son of s/u peperiksaan sekolah tu (Cikgu Jamil). And jugak bekas student skolah tu. Cehh patotla. So first day mmg super best sbb Puan Rohana said she will give me some info for my moral assignment. So okaylah kan. Daripada takdak langsung. Jadi kami bertiga pun pergilah ke bilik mesyuarat and tolong Cikgu Jamil (Syameer's dad) asingkan exam paper. Sambil asingkan tu, bersembanglah kami bertiga and of course topik utamanya ialah dunia pendidikan dan dunia guru pelatih. Banyak benda yang disembangkann termasuklah exam, BIG, SBE, KSSR, LINUS, course masingmasing, IPG masingmasing, some lecturers, skor A, family and banyak lagilah. Ain and me buat jejak kasih la kan. 9 years tak jumpa, but we contact each other within that 9 years. Mcmmcm cerita yang dikeluarkan and Syameer mmg akan menyampuk. Guru besar (GB) mmg agak garang and strict. Tapi okaylah. After asingkan semua exam paper tersebut, kami pun duduk and sambung bersembang. Topik yang lebih kurang sama. out of sudden, Puan Rohana and GB entered the meeting room and start lah bersembang.GB talked about Rosmah and Najib. And also kejatian diri anak Melayu yang semakin pupus. The same with Puan Rohana. Perbincangan menjadi a bit serious compared to only 3 of us. Mmg serius. Tapi best, berilmu and bermanfaat ! mmg best !

So second and third day kami berjalan-jalan sambil snap pictures yang best untuk disimpan sebagai kenangan. Masuk class, maen games with the students. I admit students SK Seri Perdana mmg cute mute ye. Bukan mute bisu. Itu exaggeration. Sangat comel. Cecomelcecomel ! They gave us cooperation and participated well. Mmg tak rancang pun activities, semua spontan but it went well. Phew. Last day ada Ihya' Ramadhan. Ain and me mmg tgk je sepanjang program berjalan. Syameer buat slide show, a bit of tazkirah and also menyanyi. One thing i realised about him is dia mmg agak ganas orangnya. Serius ganas. Dengan students lah maksudnya. After Ihya', three of us mengasingkan diri daripada majlis sebentar, pergi duduk kat satu laluan sebelah padang sambil angin menyapa and sembangsembang lagi. Since dah last day kan, kami pun makin rancak bersembang. Pasal rayalah, pasal puasa lah but still ada topik dunia pendidikan tersebut. After bersembang, we exchanged something and pulang ke rumah msing-masing. Of course pergi salam dulu dengan cikgucikgi yang sportingsporting tersebut. satu je benda tak suka pasal SBE. Ada sorang cikgu ni suruh kami complete her assignments. Bukan satu, tapi DUA ! phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwww ! Takpa, ikhlaskan hati walaupun sakit hati.

So raya this year agak laen sikit. Sempat pakai baju raya walaupun sebuk kalah chef kat dapuq. Sbb ramai sangat adik beradik yang datang bertandang. Mmg tak menang tangan ahhhhh ! Tak smpat pun nak bergambar bagai. After solat subuh, terus ja mintak maaf dekat mak abah tokwan tok. Jadi, no raya photos lah ye. 2nd day raya, semua adek beradek berkumpul and buat majlis tahlil. Seekor kambing berjaya ditumbangkan and sepuluh ekor ayam berjaya dimasak dan dimakan. But time kambing tu kena sembelih, dia teriak and I was like tersentap hati sedih. Dua kali dia teriak but buatbuat tak dengar. Sedih taw. Mcm boleh rasa ja betapa sakitnyaaaaaaa kena sembelih. Lepas masakmasak, kami pun makanmakan. Then snap pictures satu family besaq and family kecil kecilan. Best jugak raya taun ni. Cuma no photos dengan baju raya. Sedih bro. Takpa, next time ada lagi. :D

I hope its not too late nak ucap Salam Ei-Dul Fitr buat semua kawankawan di seluruh dunia. Haha ! Mintak maaf banyakbanyak andai pernah tersinggung dengan kata atau my actions. Bak kata, eh bak nyanyian lagu Najwa Latif, kosong-kosong ya. Comel jugak sebenarnya Najwa ni kan? Saya harap anda semua maafkan saya and of course saya maafkan anda semua. (aicehhhh)


                                             Boleh teka kan mana satu GB SK Seri Perdana?



till then, Assalamualaikum !


30 July 2012

apakah perasaan di kala itu

i know i should be writing my BIG reflection essay. yeah. hum nantilah.

nak cerita something (walaupun tiada yang mendengar atau membaca,haha). after i had my sahur early in the morning, i had thought of something.

sesuatu yang tiada kena mengena dengan kehidupan sekarang. cuma terfikir.

apa yang aku fikirkan semasa lepas sahur tadi ialah senario di mana seandainya aku sudah berkahwin selama 10 tahun dan mempunyai 2 atau 3 org anak, tetiba suami aku bawa balik seorang wanita cantik dan berkata

"yang, ni madu awak"

agakagak apa respons aku ketika itu. naknak pulak time tu baru nak lunch dengan anak-anak and si suami tersayang cakap mcm tu depan anak-anak. mcm mana lah nak control perasaan yang tak tahulah ketika itu. mungkin si suami akan mengajak si wanita cantik tersebut untuk lunch bersama. sebagai isteri yang taat, mesti terdiam kan. tak tahulah hati nak remuk ke apa ke waktu tersebut. mata mungkin dah berkaca tahan air mata. rasa nak marah, nak jerit. dalam hati mesti terfikir "apa kurangnya aku ini ?" what !? after ten years?! aku ni tak pandai layan dia ke? tak pandai urus rumahtangga ke? tak pandai urus dia ke? tak pandai urus anak-anak ke? mcm mana nak control emosi depan anak-anak pada ketika itu.

mesti dah tak reti nak bercakap dengan suami tersayang. nak bawak berbincang pun, mesti aku je banyak diam. sbb aku ni jenis pendam perasaan. sedih pun sedih sensorang jelah. sakit pun sakit sensorang. masa tu, berbincang pun mungkin tiada guna. si suami mesti pertahankan diri, mengatakan sebab musabab beliau bertindak sedemikian. what choice do i have ? tak ada pilihan lain kecuali mendengar.

mengadu pada Allah sudah pasti. mengadu pada mak abah, sudah tentu. siapa lagi tempat nak mengadu ? takkan nak mintak cerai, bergegar Arasy. hummhummhummm. tak tahulah apa perasaan ketika itu. mcm manalah kehidupan selepas itu. terpaksa berkongsi kasih si suami dengan wanita lain. mungkin nama wanita tu aku taknak tahu sbb nanti semua org yang ada nama tu aku mungkin anti. seriously.

orang cakap  kalau kita bagi suami kita berpoligami, kita dapat payung emas di syurga. sebelum nak dapat payung emas di syurga tu, terpaksa melalui neraka di hati sendiri.

berdoa agar perkara ini tak terjadi kepada diri aku sendiri dan aku tidak menjadi wanita tersebut. ameen.

so, benda inilah aku fikir time sahur tadi. tulis benda nie pun sambil dengar lagu Dejavu  by Shila Amzah. walang rasa hati ini. walang rasa hati ini. walang.

07 June 2012

reflection

i always jump into silly stupid conclusion without knowing its premises. im sorry. 

O Allah, please guide my fragile heart. i always have faith in You.

ameen.


07 March 2012

an angel in disguise?

emosi tak terkawal bila baca berita Metro (today) kolum berita. seorang ibu merakam anaknya dirogol oleh teman lelaki.

seriously rasa sedih bila baca berita nie. geram and marah, budak uh baru 11 tahun and ibu yang sepatutnya menjadi malaikat kepada KANAK-KANAK PEREMPUAN tersebut dah jadi DAJAL.

hukuman penjara 20 tahun pun belum tentu dapat ubati trauma budak uh.

semoga Allah balas segala perbuatan kamu semua.

25 February 2012

terima kasih Tuhan

awak.
saya harap awak berada di bawah perlindunganNya.
amin.





at least, we stare at the same moon.



24 January 2012

kata mak...

Assalamualaikum guys. and a big hi to those who are reading this. i realised that it's been awhile i haven't update this blog. too busy mending my soul and mind to focus on particular goals. i don't want to lose my focus this beautiful year. keep on staring at the gold !

few days ago, i went back to my village, Baling. located near to Kelantan. if you go there, u won't find any Kedah dialect because they speak like the Kelantanese. hihi.

so, it's my routine to help my mum cooks for lunch. so, terjadilah perbualan between two of us. she said "perempuan belajaq tinggi mana pun, dapuq juga tempat dia". yeah masa mudamuda remaja dulu i was like refuse to agree to this statement. hemm, for me the statement was really stupid. yalah, what's the use of dapat master and phd or whatever, tapi at last kena masak jugak kan ? tapi bila dah meningkat agak dewasa ini, terfikir-fikir jugak, mesti ada rasional kenapa my mum said that.

hurmm. how should i start it. okayla, as a perempuan or wanita, i always want the best for myself. mulamula of course nak belajar sungguh-sungguh. itu untuk diri sendiri. after that mestilah nak bina kerjaya and mula mencari suami untuk membina masjid. of course nak suami yang baik, soleh, berpelajaran and the list goes on. kemudian, bina keluarga. anak-anak. of course lah kahwin nanti nak ada anak kan.

apa kena mengena memasak dengan suami and bina keluarga ? anak-anak ?

org cakap, nak tawan hati suami, mestilah melalui perutnya. so, si isteri mestilah tahu memasak makanan kegemaran suami. kan ? seorang isteri yang baik lagi solehah mestilah tahu memasak.

mak saya tanya lagi, "kalau yun tak pandai masak, then ? nak amek orang gaji ? haih, orang gaji nie masak cincai ja. apa mantera yang dia baca time dia masak kita pun tak taw".

humm. termenung kejap. betol jugak. tertanyatanya jugak orang gaji mana yang memasak sambil berselawat kan ? kalau ada, that's good. kalaulah kita nak lembutkan hati suami or isteri or sesiapa sahaja yang kita sayang, selain berdoa, kita masaklah masakan kegemaran mereka disertai doa dan selawat. insyaAllah makanan yang kita masak disertai doa yang tulus ikhlas dan penuh kasih sayang tu akan meresap masuk ke dalam sel-sel badan mereka. that's why people always say mum's cooking is the best in the world ! sebab mereka masak dengan penuh kasih sayang, selawat dan doa yang mujarab kepada kita. walaupun masakan itu simple sangat. ayam goreng, nasik goreng.

humm. so, in order nak jadi isteri yang solehah dan ibu yang sangat penyayang kepada anak-anak, pandai memasak tu is one of the charateristics. nak anak-anak jadi soleh solehah, pandai, bijak , berani and so on, time memasak tu bolelah berdoa dengan ikhlas dan penuh kasih sayang. it is important to remember that doa ibu itu sangat mustajab. ;)

saya respect orang yang belajar tinggitinggi sampai langit dan dia memasak untuk family dia. ehem. lelaki pandai masak pun best jugak ! ehem.

hihi. ;)

14 August 2011

itulah kan...

itulah kan...
i don't even know what's happening to me...
weekend, sleep late, wake up...errr...
tak buat sngt ahh academic work...
malas gile ahh...
cepatlah masa berlalu...
malas nk ngadap dah....

erghh, kna rest sebentar ahhh i guess.
asyikasyik buat benda yg sama.
im counting days to go back home.
urghh !

mmg tak stabil aku skrg nie .
layan jela oi.

19 April 2011

unstable emotions.


i think im not that strong to face all these rubbish around me made by brainless people. sorry friends. i do feel offended when you guys ignored some of the grouping assignments. i do feel hurt when you guys seemed too selfish . that's why i hate, reallyreally hate grouping work. why can't the boys be more alert about all these? takkan nak alert psl juniors sabah sarawak yang chantekchantek tue je kowt ? ape kejadahnye? ada faedah ke?

deep in my heart, i wish i don't have classmates like you guys. i don't mind if you guys did the wrong thing during the foundation year. we had discussions about this and you guys never realized even a single mistake you did. why ?

kalau mengumpat, number satu . mcm korang uh perfect sangat. sape korang ? malaikat ke ? mulot masingmasing mcm longkang, keje ? hmmmmm...

klu babbab juniors,membirah masingmasing. klu babbab keje grouping and so on, kene ketuk baru nak buat. kan?

FYI, i never had classmates like you guys. for almost these 2 years, i think i've been tortured in the hell of the world. sumpah.

i don't know why you guys tak pernah nak rasa bersalah or whatever. rasa mcm hebat sngt lah tuh kan ? penatlah .

we had discussions about this. you guys know me well right ? aku hambur je bile aku nak hambur. sometimes, i don't care about others feelings. tapi, korang mcm tak kesah je. lagi teruk adalah.

skrg aku dah malas. bukan malas erti im lazy to do my work, but in the sense that i would like to avoid communications with you guys. for a little short period of time. sorry , i think im a loser. skrg kita buat hal msg2 lah okay ? msg2 sedar tanggungjawab masing2, klu tak sedar jugak, please kill yourselves. the money that we are using right now is not our own money, not even only our parents money, but it is the citizen's money. people are paying us to study, even the poor pay the tax. even the poorest. tak sedar ke wey ?

tak rase berdosa or bersalah ke gune duwet org, tapi tak study betobetol ? perangai tuh tolongah ubah sket. penatlah . penatlah. penatlah.

i don't know about the coming years. 3 more years. we still have the chance to change ourselves. please,i'm begging you.

sorry, i think that my facial expressions would be a little bit of kelat klu kita terserempak. mmg akan pun kan, we are classmates. if you don't like it, avoid me.

p/s - this entry is posted based on my deep heart hurt feelings for almost 2 years. thanks .
it is in written form, might be effective enough than the spoken harsh words.

O Allah, i'm so sorry. please make me strong . please. please. please. ameen.

06 February 2011

30 January 2011

~ selamat tinggal Pak Lang ~

hari Khamis, waktu petang mak call Yun. mak cakap Pak Lang masuk HUKM. dah tenat. Tuhan je yang tawu perasaan Yun waktu tu.semua orang bergembira sbb esoknya dah cuti.masingmasing nak pulang ke kampung halaman. tapi, hati Yun cuma teringat kat Pak Lang je.yun tawu pak lang sakit, last year pown yun dah ziarah Pak Lang. Pak Lang nampak happy sangat, yela,adik beradik jauh dtg kan. siap bole gelak ketawa lagi. itu yang paling best pasal Pak Lang. sakit,tapi tak pernah nmpak mcm sakit.ade je cerita yang nak dikongsi bersama.Yun rasa,Pak Lang lah orang yang paling tabah,kuat,sabar dalam family kita. dugaan yang Allah bagi dekat Pak Lang sangat dahsyat, nak uji keimanan Pak Lang. tapi,muka Pak Lang tak pernah nampak mcm orang yang ada masalah.ujian anak-anak, ya Allah, Tuhan je yang tawu perasaan Pak Lang waktu tu.bukan senang nak hadapi ujian yang bagi Yun sangat berat.bukan ujian yang ringan.ujian yang melibatkan maruah keluarga . tapi,Pak Lang cool je. Pak Lang redha je, sampai ada seorang anak Pak Lang tu tak dtg pown tgk Pak Lang. dari Pak Lang sakit,sampai Pak Lang dah tiada. sampai hati dia kan Pak Lang?

yun ingat lagi,waktu Yun,Abah,Mak,Khairul,Ayahcik semue datang umah Pak Lang. waktu tu happy sangat pak lang kan? yun bole nmpak pak lang happy sangat time tue .sampai Pak Lang selalu keluar pegi beli makanan, ais batu, nak jamu adik beradik Pak Lang yang datang rumah. kalau pergi umah Pak Lang, mesti tido kejap lepas mkn, sbb kenyang. walaupun ada sebungkus je kacang dalam almari tu, Pak Lang suro keluarkan kacang tue, hidang dekat kami semua. lepas tue, mulalah lawan mulut dengan Abah and Ayahcik. kami adik beradik mmg sronok klu pergi umah Pak Lang.sebab ape? sbb Pak Lang mmg baik sangat, selalu nasihat org. Pak Lang mmg marah klu Yun and family pegi Key Ell tapi tak singgah umah Pak Lang.air sampai berbelas jug. klu mkn nasik, mmg bertambahtambah makan. sedap Mak Lang masak.pastu,tido. tgk tebi kejap,lawan mulut lagi. mmg best ~ rindu Pak Lang ~

pasal pelajaran pulak, Pak Langlah yang paling caring. ingat lagi, mmg tak sah klu pegi umah Pak Lang tak dapat ceramah pendidikan dan motivasi yang tak berbayar. mmg akan ade sesi motivasi dengan Pak Lang.semue bersemangat je time tue. dengan nada suara Pak Lang yang kejap tinggi kejap rendah tu,mmg semue da bersemangat nk belajar rajinrajin.pastu,kalau ade bukubuku yang Ikmal da tak nak gune, mmg pass lah. mulemule pass kat Yun, Yun pass kat Atiq,Atiq pass kat Khidir. mmg buku generasi.berbegbeg buku tu.banyak.Pak Lang selalu cakap,bahasa inggeris tue penting. banyak lagi. mmg Pak Lang suke tekankan pasal pendidikan dekat anak-anak sedara Pak Lang. ~ rindu Pak Lang ~

ujian yang diberikan kpd Pak Lang sangat dahsyat.mak pun ckp,klu lah Allah bagi ujian tue dekat mak, mak mmg tak sanggup nak hadapi.ujian anak-anak.yelah,ujian yang melibatkan maruah keluarga,banyak kali sangat Pak Lang malu sbb anak-anak Pak lang kan?bukan senang nak hadapi semua tu,tapi,Pak Lang redha sangat dengan ujian tue semua.walaupun anak-anak Pak Lang buat byk dosa dengan Pak Lang,Pak Lang tetap ampunkan diorang.tapi,Yun terkesan sangat dengan anak Pak Lang yang sorang tu.sampai hati dia kan Pak Lang.Pak Lang tatang dia baik sangat, semua yang dia nak,semua Pak Lang bagi.sampai nak kahwin pown Pak Lang sponsor kan? tgklah apa yang dia buat kat Pak Lang. dari pak lang sakit,sampai Pak Lang menghembuskan nafas terakhir, tak jenguk Pak Lang langsung. nak jaga time Pak Lang sakit,apatah lagi. kononnnya malam terakhir Pak Lang di hospital, dia nak dtg jaga. mlm tue jugak Pak Lang pergi meninggalkan kami semua. Tuhan pown taknak kasik anak Pak Lang tu jumpa Pak Lang kan.sampai hati dia Pak Lang.kami adik beradik ni semuanya mintak ampun dekat Pak Lang, kami tawu,masa Pak Lang dah tak lama lagi atas muka bumi ni. tapi,dia? sikit pun tak jenguk Pak Lang.sampai Pak Lang dibawa sanasini nak berubat,sikit pun dia tak tolong.yang tolong jaga Pak Lang cuma Kak Ten,Ikmal,Kak Ita,Kak Ala,Abang Teng. Pak Lang mesti terkilan dengan yang sorang lagi. tak patut dia buat Pak Lang mcm tu.mrh sngt ke dia kt pak lang? sepatutnya,Pak Lang yg marah kt dia sbb dah byk kali sngt Pak Lang malu dengan perbuatan tak senonoh dia tu.tapi,Pak Lang redha ja. sampai hati dia tak dtg tgk ayah dia masa sakit .sampai hati dia tak jaga Pak Lang.sampai hati dia tak berada di sisi Pak Lang,mengajar Pak ang berucap kalimah suci di waktu Pak Lang sedang nazak, sampai hati dia tak mandikan jenazah Pak Lang, sedekahkan yassin buat Pak Lang. sampai hati dia kan? Yun tawu,Pak Lang sedih ... ~ rindu Pak Lang ~

Pak Lang,Yun doa bykbyk semoga Allah merahmati hidup Pak Lang,semoga Allah menempatkan pak lang bersama orangorang yang soleh.sejak Pak Lang pergi meninggalkan kami, kami semua rasa sunyi sangat,yalah,Pak Lang suka buat lawak,suka berdebat dengan kami.mesti kami akan merindui Pak Lang selalu. selepas selesai semua urusan pengebumian Pak Lang,kami beransur pergi menziarah di rumah Pak Lang.Ya Allah,lain sangat rasa.nampak gambar Pak Lang tgh senyum dekat laci.digantung,kami semua merasa sebak time tu.tertulis atas frame tue 'Friendly Smile'. Pak Lang mmg friendly sangat.sampai org tak tawu mslah yg Pak Lang hadapi.cuma ahli family rapat je yang tawu.semua org bersedih mlm tadi.tak smpat Pak Lang nk tgk anak ke-empat Kak Ala kan .urusan pengebumian Pak Lang mudah sangat,langsung takde yang tersangkut. abah ckp,itulah rahmat dan kasih sayang Allah.imam yang bacekan talkin turut sebak, apatah lagi kami semua.semua org memuji kebaikan Pak Lang.nmpak sangat semasa Pak Lang hidup,banyak kebaikan yang Pak Lang buat kt org kan?elok je Pak Lang selamat dikebumikan, azan zohor pown berkumandang. Yun sentiasa doakan Pak Lang di dunia sana, sbb Yun sayang,Yun rindukan Pak Lang. semua bnda tentang Pak Lang,semua Yun rindu. kami semua sayangkan Pak Lang.kami berdoa agar Pak Lang tenang di alam sana. we love you,Pak Lang~


ayat terakhir Pak Lang ~ Yun,tiaptiap hari kene ckp english taw ~

DITULIS SEHARI SELEPAS PAK LANG TINGGALKAN KAMI ~
~AL-FATIHAH~

24 January 2011

...


about someone .
who always appears in my dream ~
wadda ... ?


sebok je nk masuk dlm mmp org ~ huh ~



30 December 2010

reality

tomorrow . i'm going back to my campus and this is quite hurting . i feel sad and quite emotional for few days before i step my foot on the educational ground . i feel like,urghhh ! many things to be thinking for, many things to do, many things to be paid off, arghh, byklah . need to deal with emotions again, when we see the people that we don't really like, or mostly the assignments .

sedey kan ? for those people who live near the campus, its not a big deal lah kan , every week bole balek . so, this is not really matters for them . if they feel stressed out, they can just go back . if they don't have money, balek jela. ape lg tggu kan . itulah kelebihan org yg duduk dekat ngan campus . for those who live miles away from campus, haha, sabo jelah . well, we can considered ourselves as 'anak perantau' . actually, i'm not really anak perantau lah since i have uncles and relatives here . hah,what ever lah !

okay,no more getting up late everyday, no more feeding the cats, no more watching the tv until late midnight, no more gayutgayut, no more fighting with my lil bro, ouch ! feel sad about this . but, we need to move on . feel sad, huhu. takpela . time will heal it .

so proud of you heroes . i mean, the football team . well, cewekcewek suda mula berebut KF or officially known as Khairul Fahmi . hee,sape tak knal dye skrg ney . sape tak knal,malu ah . takya jd rakyat M'sia ah . for 14 years of waiting, at last, we own the glory man ! Piala AFF .huhu. such a big proud ! tenkiu heroes ! i watched them , even though i'm not really into this football thingy . such a big fat proud of all of you ! *clapclap* semangat nk balek IPBA . haha !

okay, thats all. new year's resolutions, humm. i'll just keep it inside the heart . tata all . please pray for my long journey tomorrow . gudnyte people. salam ~

28 November 2010

. lost .

i always imagine, what if the people whom i love the most, died one day ? for example, my mum, my dad, my lil bro, relatives or close friends . what should i do ? the pain will take time eventually . sadness, tears, giving up will fill up the atmosphere .

the journey of life teaches me that death is inevitable . even Islam says so . no one is immortal . every living thing will face death .

recently, i got so many news abouth death. my friends, their dads, their mums, or their relatives . because of illness or accidents . the accidents are the worst . lately, we have quite a number of bus accidents or vehicles involved . oh my !

as a Muslim, we should remember that death is the thing that is the closest to us. we can even die anytime and anywhere. when we are sleeping, while eating, while talking bad about other people . even when we are standing or blogging . we can die anytime .


Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud : Orang yang paling bijaksana di kalangan kamu ialah orang yang sentiasa menghisab dan menghitung dirinya serta beramal sebagai persedian untuk mengadap Allah taala selepas mati . Sedangkan orang yang kurang waras ialah orang yang sentiasa menuruti hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah . ( Riwayat Tirmizi )

may Allah bless . thanks for reading . (^_^)

mr snowman.


in the northern part of the world (northern Hemisphere), winter starts now. november till january if im not mistaken. so, the status of people who are studying overseas yg jauh di mata start to express their eagernees waiting for the snow .


oh ,sungguh jeles di situ . waaaa !


jealous . . . jealous . . . jealous . . .


psst, Malaysia bila nk ada snow ehh ? hihi ! (^_^) crap !